Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

JEMPUTAN TAWARAN PROMOSI PAKEJ KELUARGA SEMPENA HARI KELUARGA KEBANGSAAN 2024 KEPADA PEMILIK PERNIAGAAN DAN RESTORAN

​Hari Keluarga Kebangsaan disambut setiap hari Ahad minggu pertama di bulan Mei setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Keluarga Kebangsaan jatuh pada 25 Syawal 1445 bersamaan 5 Mei 2024 dengan tema Keluargaku Harapanku. Sambutan ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat khususnya keluarga di Negara Brunei Darussalam untuk membina keluarga bahagia atau harmoni, kukuh dan berdaya tahan dengan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga serta menyemai sikap pemedulian dan tidak camah mata sesama ahli keluarga.

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) selaku Urus setia sambutan Hari Keluarga Kebangsaan menjemput semua pemilik perniagaan, restoran, hotel, tempat-tempat permainan dan pawagam untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan ini dengan menawarkan promosi pakej keluarga sepanjang bulan Mei dan Jun bagi menggalakkan keluarga untuk membeli-belah, bersantai atau menjamu selera bersama-sama secara berkeluarga.

Dalam pada itu, pemilik perniagaan, restoran, hotel, tempat-tempat permainan dan pawagam disarankan untuk mematuhi Peruntukan Pengecualian (Exemptions) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga (Harga Jualan Murah) 2012 yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang boleh diperolehi di laman web http:// deps.mofe.gov.bn atau rujuk lampiran 1.

Pemilik perniagaan, restoran, hotel, tempat-tempat permainan dan pawagam yang berhasrat untuk mengikuti tawaran promosi pakej keluarga ini, bolehlah menghubungi Urus Setia Hari Keluarga Kebangsaan melalui emel bhgkwk@japem.gov.bn atau ditalian 2380704 pada waktu pejabat.

Attachments
Created at 6/6/2024 10:45 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 6/6/2024 10:45 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim