Seramai 2 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir dan rumah angin kencang
telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan
Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di
bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Satu (1) ketua keluarga daripada Kampung Setia A, Daerah Brunei Muara yang menerima
bantuan kerajaan adalah merupakan mangsa kejadian Angin Kencang manakala satu (1)
keluarga daripada Kampung Negalang Unat, Daerah Temburong adalah mangsa kejadian
banjir. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut
dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang
Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi Bin Hj Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh
mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan
keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami
musibah.