Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA BENCANA
‚ÄčAwang Ramlee bin Haji Ibrahim.JPG
Seramai 5 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran dan rumah tidak selamat didiami telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai tiga (3) orang ketua keluarga daripada lima (5) yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian rumah tidak selamat didiami, satu (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir dan satu (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran rumah. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Haji Fadilah bin Haji Mohd Koming.jpgMohammad Azizan bin Jainin.JPG
Pengiran Fatimah binti Pengiran Haji Hashim.jpg
Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.
Attachments
Created at 4/20/2024 11:25 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 4/20/2024 11:32 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim