Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PELANCARAN SMS BRUNEI PRIHATIN UNTUK TABUNG ANAK-ANAK YATIM BAGI TAHUN 1445H / 2024M

‚Äč

IMG_0191.jpg

Jabatan Pembangunan Masyarakat(JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB), Datastream Digital Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad telah melancarkan SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim1445/2024 hari ini bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kutipan derma melalui SMS yang dilancarkan pada hari ini akan berlangsung selama sembilan (9) bulan bermula 5 Mac 2024 dan berakhir pada 5 Disember 2024. Orang ramai bolehlah menderma melalui perkhidmatan teks pesanan ringkas (SMS) yang disediakan dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif dan bagi pelanggan Imagine hantar kepada 39999.

Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan derma hasil kutipan SMS Brunei Prihatin yang dikumpulkan pada tahun 1444/2023 daripada syarikat-syarikat telekomunikasi kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Jumlah kutipan SMS Brunei Prihatin bagi Tabung Anak-Anak Yatim 1444/2023 berjaya mengumpul sebanyak BND95,946.00 (Ringgit: Sembilan Puluh Lima Ribu, Sembilan Ratus dan Empat Puluh Enam) dan sebanyak BND12,000.00 adalah sumbangan daripada pegawai dan kakitangan syarikat-syarikat telekomunikasi. Daripada jumlah tersebut;

  • Sebanyak BND84,118.00 (Ringgit: Lapan Puluh Empat Ribu Satu Ratus Lapan Belas) adalah sumbangan daripada DST Sdn Bhd iaitu sebanyak BND74,118.00 (Ringgit: Tujuh Puluh Empat Ribu, Satu Ratus Lapan Belas) adalah hasil kutipan daripada pelanggan DST dan sejumlah BND10,000.00 (Ringgit: Sepuluh Ribu) adalah sumbangan daripada pegawai dan kakitangan DST yang diserahkan oleh YM Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST Sdn Bhd.
  • Progresif Sdn Bhd berjaya mengumpulkan sejumlah BND22,828.00 (Ringgit: Dua Puluh Dua Ribu, Lapan Ratus Dua Puluh Lapan). Sebanyak BND2,000.00 (Ringgit: Dua Ribu) adalah sumbangan daripada Progresif dan BND20,828.00 adalah sumbangan daripada pelanggan Progresif. Sumbangan disampaikan oleh YM Abdul Hakeem bin Haji Basir, Ketua Pegawai Pentadbiran Progresif Sdn Bhd.
  • Imagine Sdn Bhd pula berjaya mengumpulkan sebanyak BND1,000.00 (Ringgit: Satu Ribu) yang disampaikan oleh YM Haji Mohd Radziman bin Haji Badul Rahman, Naib Presiden Kanan Perniagaan Enterprise, Imagine Sdn Bhd.

DSC_4981.jpgDSC_4991.jpg
DSC_5004.jpg
SMS Brunei Prihatin merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersama oleh JAPEM, RTB dan Syarikat Telekomunikasi sejak tahun 2005 bagi membuka platform untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim yang berdaftar di bawah Pendaftaran Kebangsaan Anak-Anak Yatim. Sejak platform ini dibukakan, sambutan daripada orang ramai adalah sangat menggalakkan. Oleh itu, kaedah kutipan ini telah dilanjutkan tempohnya daripada 3 bulan kepada 9 bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk terus beramal dan menyumbangkan derma kepada anak-anak yatim yang berdaftar di negara ini. Semua jumlah kutipan yang diterima akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung Anak-Anak Yatim di bawah kendalian JAPEM.
IMG_0252.jpg

Turut hadir ke majlis ini ialah YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat (JAPEM), selaku Pengerusi Majlis dan Pengerusi-Pengerusi Bersama SMS Brunei Prihatin; YM Awang Cheong Chee Kong, Pemangku Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB), YM Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST Sdn Bhd, YM Abdul Hakeem bin Haji Basir, Ketua Pegawai Pentadbiran Progresif Sdn Bhd dan YM Haji Mohd Radziman bin Haji Badul Rahman, Naib Presiden Kanan Perniagaan Enterprise, Imagine Sdn Bhd.


Attachments
Created at 4/20/2024 11:05 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 4/20/2024 11:25 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim