Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah Tujuh Puluh Ribu Sembilan Ratus Lapan Puluh Lima Ringgit Dua Belas Sen (BND70,985.12) daripada empat buah agensi petang tadi di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

UNISSA(1).jpg

Sumbangan daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berjumlah Tiga Belas Ribu Ringgit (BND13,000.00) disampaikan oleh YM Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA. Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Fakulti Usuluddin dan Fakulti Ekonomi Kewangan Islam dan beberapa aktiviti lain yang diadakan pada bulan Disember 2023 dan awal Januari tahun ini.

UBD(1).jpg

Universiti Brunei Darussalam (UBD) menyumbangkan sejumlah Sebelas Ribu Ringgit (BND11,000.00) yang disampaikan oleh YM Dr Hazri bin Hj Kifle, Naib Canselor UBD. Sumbangn derma adalah hasil kutipan daripada projek Misi Peduli Palestin dan warga UBD.

WECARE(1).jpg

Persatuan Kami Prihatin (WeCare) menyumbangkan sejumlah Dua Puluh Enam Ribu Ringgit (BND26,000.00) yang telah disampaikan oleh YM Awang Muhammad Samira Razin bin Abdullah Sambut, Presiden Persatuan Kami Prihatin (WeCare). Sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai melalui akaun WeCare di aplikasi BIBD nexgen serta dari Tabung Kebajikan Persatuan Kami Prihatin (WeCare).

MKM.jpg

Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) menyumbangkan sejumlah Dua Puluh Ribu Sembilan Ratus Lapan Puluh Lima Ringgit dan Dua Belas Sen (BND20,985.12) yang telah disampaikan oleh YM Awang Mohd. Yusof Shaik bin Abdul Halim, Yang Di-Pertua MKM. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada aktiviti jualan amal yang diadakan di Supasave Mabohai dan Bandar Seri Begawan pada bulan Disember 2023.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS pegawai-pegawai daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli daripada agensi berkenaan.

IMG_2289.jpg

Attachments
Created at 3/14/2024 9:07 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 3/14/2024 9:07 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim