Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

IMG_3378.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada 55 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran rumah dan rumah roboh. Majlis berlangsung di Dewan Digadong, bangunan KKBS.

Hadir menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada lima puluh satu (51) orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, seorang (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran dan tiga orang (3) ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh.

IMG_0152.jpg

Sebuah rumah milik N. Naryana Samy Dhanalakshimidi Jalan Keruak, Kampung RPN Panaga, Seria, Daerah Belait telah mengalami kerosakan di sebahagian sudut rumah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 8 Januari 2023. Kesemua penghuni dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2022, lima puluh satu (51) buah rumah telah dimasuki air yang melebihi paras satu kaki akibat dari kejadian banjir. Sebanyak tiga puluh empat (34) buah rumah di daerah Brunei Muara telah terjejas iaitu di kawasan Kampong Kapok, Kampong Kilanas,Kampong Junjongan, Kampong Mulaut, Kampong Burong Lepas, Jalan Haji Halus, Perpindahan Bunut dan Kampong Bunut. Manakala di daerah Tutong sebanyak empat belas buah (14) rumah terjejas iaitu di kawasan Kampong Rambai, Kampong Belunu Layong, Kampong Dong Layong, Jalan Tanjong Dengar, Kampong Pengkalan Dong Layong dan Kampong Kuala Abang, Layong. Bagi Daerah Belait pula sebanyak tiga (3) buah rumah iaitu di kawasan Kampong Ratan, Labi 1, Ulu Belait dan Kampong Tunggulian, Sungai Liang. Kesemua penghuni dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

IMG_3439.jpg

Manakala tiga mangsa kejadian rumah roboh yang berlaku pada 6 Februari dan 10 Februari 2023 di Kampung Sungai Asam, di Kampong Burong Pingai Ayer dan Kampong Setia A di Daerah Brunei dan Muara juga dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa-mangsa bencana menerima bantuan kewangan kerajaan hari ini untuk meringankan kesusahan yang dialami demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 3/20/2023 10:09 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 3/20/2023 10:10 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim