Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN BANJIR PAKISTAN 2022

‚ÄčIMG_9053.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima dua sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022, iaitu daripada Kementerian Pertahanan berjumlah Dua Ribu Sembilan Ratus Empat Belas Ringgit (BND2,914.00) dan daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berjumlah Sepuluh Ribu Ringgit (BND10,000.00). Majlis berlangsung hari ini di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sumbangan bagi pihak ABDB yang berjumlah BND10,000.00 telah disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, manakala sumbangan daripada Kementerian Pertahanan berjumlah BND2,914.00 pula disampaikan oleh Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kementerian Pertahanan.

IMG_9065.jpg

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat serta pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pertahanan.

Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 telah dibukakan kepada orang ramai selama 3 bulan bermula 15 Oktober 2022 hingga 12 Januari 2023. Tabung ini merupakan sebuah platform yang disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung dan telus, serta bagi membolehkan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan berkebajikan bagi meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Pakistan yang terjejas oleh banjir besar sejak Jun 2022.

Attachments
Created at 1/11/2023 2:08 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/11/2023 2:08 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim