Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS QALBUN SALIM DAN PENYALAAN LAMPU JAMBATAN SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN SEMPENA HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA 2022

‚ÄčIMG_1364.jpg

Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang diraikan setiap tahun pada 3 Disember telah diraikan hari ini dengan mengadakan Majlis Qalbun Salim iaitu Sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang diteruskan dengan bacaan Surah Yaasiin, Tahlil, Doa Kesyukuran dan Ceramah Khas. Majlis Berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Perdana Menteri.

Hadir Selaku ketua rombongan kemajlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya, ahli-ahli Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) serta rakan-rakan strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_8307.jpg

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Awang Haji Md. Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Perdana Menteri dan diteruskan dengan Bacaan Surah Yaasiin dan Tahlil. Majlis juga diteruskan dengan tazkirah khas bertajuk "Sudut Pandang Islam dalam Menyantuni Golongan Berkelainan Upaya" yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Nazirul Mubin bin Ahad, Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Seramai lebih kurang 200 orang telah hadir menyertai majlis yang berkebajikan ini sebagai tanda penghargaan kepada golongan OKU yang meraih pencapaian dalam perkembangan masyarakat.

Sambutan HAOKU pada tahun ini bertema "Penyelesaian Transformatif bagi pembangunan inklusif : Peranan inovasi dalam memacu dunia yang terbuka dan saksama" atau "Transformative solutions for inclusive development : the role of innovation in fuelling an accessible and equitable world". Tema ini menerepkan penglibatan OKU secara inklusif dalam perancangan dan solusi pembangunan yang transformatif dalm perkembangan masyarakat serta peranan yang inovatif bagi mencapai akses dan kesaksamaan dan mengiktiraf kelainan upaya sebagai isu-isu bersilang. Jalinan kerjasama yang kukuh antara persatuan-persatuan bukan kerajaan yang menangani isu kesejahteraan OKU dan kerajaan.

IMG_8263.jpg

Selain mengadakan majlis kesyukuran, beberapa program dan aktiviti juga telah disusun sepanjang bulan Disember 2022 hungga Januari 2023. Antara lain ialah mengadakan "Inclusive Fun Fest" pada 4 Disember 2022 di Bandarku Ceria, Taman Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Pelancaran logo Artisan Pusat Bahagia dan Pameran "Seni untuk Semua/Art for All" pada 8 Disember 2022 dan Pertandingan Inter-NGO Bowling Sempena HAOKU 2022 yang dijangka akan diadakan pada Januari 2023.

Bagi menyokong sambutan HAOKU, Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) juga akan dinyalakan dengan lampu berwarna ungu sebagi warna simbolik Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya yang turut dipratikkan oleh negara-negara lain.

Penyalaan lampu di Jambatan SHOAS akan dinyalakan pada hari Sabtu, 3 Disember 2022 bermula pukul 7.00 malam hingga 5.00 pagi Ahad, 4 Disember 2022. Orang ramai adalah dijemput untuk mengambil gambar Jambatan dan memuatnaik ke dalam media sosial dengan menggunakan hashtag #HAOKU2022

Attachments
Created at 1/11/2023 11:32 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/11/2023 11:34 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim