Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

IMG_2345.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh di Daerah Brunei dan Muara.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_2353.jpg

Sebuah rumah jenis kayu yang dimiliki oleh Dayang Aisah binti Haji Tengah di Kampung Sungai Kebun telah roboh pada 3 Jun 2022 sekitar pukul 1.45 petang. Akibat dari kejadian itu, suami mangsa mengalami kecederaan ringan.

Mangsa bencana menerima bantuan kewangan kerajaan hari ini untuk meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:20 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:20 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim