Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

IMG_6296.jpg

Penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada Seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Citra Budaya, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Rumah yang dimiliki oleh Dayang Masnah binti Haji Jumat di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri telah mengalami kebakaran dan telah meranapkan bahagian dapur rumah serta merosakkan bahagian lain dalam kejadian yang berlaku pada 10 Mei 2022 sekitar pukul 4.40 petang. Semasa kejadian, penghuni tidak berada di rumah dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Mangsa-mangsa bencana telah diberikan bantuan kewangan untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:15 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:15 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim