Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

‚ÄčIMG_6268.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah, tiga ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir dan seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang/atap terbang.

Majlis penyerahan diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_6254.jpgIMG_6261.jpg

Sebuah rumah di Kampung Belaban, Daerah Tutong yang dimiliki oleh Awang Lim Ajan telah ranap sepenuhnya disebabkan oleh kejadian kebakaran yang berlaku pada 16 April 2022 sekitar 12.19 tengah hari. Semasa kejadian , penghuni tidak berada dirumah dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Pada 20 April 2022, dua buah rumah di Daerah Temburong dan sebuah di Daerah Brunei Muara telah mengalami banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan. Rumah-rumah yang terjejas di Kampung Rataie dan Kampung Buang Bulan, Temburong dimiliki oleh Mohamad Iasa bin Haji Nayan dan Muhammad Bungsu bin Abdullah. Manakala sebuah rumah di Kampung Manggis, Daerah Brunei Muara pula dimiliki oleh Dayang Nadia binti Haji Saadi. Limpahan air yang memasuki rumah-rumah mangsa itu melimpasi paras satu kaki dan mengakibatkan kerosakan harta benda.

IMG_6256.jpg

IMG_6260.jpg

Dalam kejadian yang berasingan pula, angin kencang yang berlaku pada 20 April 2022 sekitar 11.46 malam telah menerbangkan separuh atap rumah asal dan sebahagian atap rumah tambahan milik Pengiran Haji Salleh di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba. Semasa kejadian, tiada sebarang kecederaan berlaku dan semua penghuni dalam keadaan selamat.

IMG_6264.jpg

Mangsa-mangsa bencana telah diberikan bantuan kewangan untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:08 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:08 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim