.jpg)
BANDAR SERI BEGAWAN, Juma'at, 20 November 2020 - Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang diraikan setiap 20 November di seluruh dunia, Negara Brunei Darussalam juga akan turut menyambut dan meraikan hari tersebut sebagai komitmen Negara Brunei Darussalam yang telah meratifikasikan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Convention on the Rights of the Child, CRC) pada 27 Disember 1995.
Justeru itu, sebagai usaha menyokong Hari Kanak-Kanak Sedunia, maka Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan dinyalakan dengan lampu berwarna biru.
.jpg)
Penyalaan lampu Jambatan SHOAS dan Jambatan RIPAS bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia itu akan bermula pada hai Juma'at 20 November 2020 dan berakhir pada hari Ahad 22 November 2020 bermula pada jam 7.00 malam hingga 5.00 pagi. Orang ramai adalah dijemput untuk mengambil gambar Jambatan-jambatan dan memuatnaik kedalam media sosial dengan menggunakan hashtag #UniversalChildrensDayBN atau #WorldChildrensDay.
Warna Biru dipilih sebagai lambang Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bersempena dengan warna rasmi United Nations Children's Fund (UNICEF).