Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

JAPEM MEMPERINGATI HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS

[Sumber: Pelita Brunei]​

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto: Sufyan Aiman bin Sufri (JAPEM), Hajah Ajijah Ali (KKBS)

Bandar Seri Begawan, Khamis, 1 Oktober 2020 - Bersempena dengan Hari Antarabangsa Warga Emas Tahun 2020, melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di seluruh daerah dan Pertubuhan WARGAMAS serta Persatuan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs), meraikab sambutan berkenaan dengan mengadakan Majlis Kesyukuran, bertempat di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

 01102020 Masjid Tamoi-Majlis Sambutan HAWE 2020 (1).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Antara pengisian majlis ialah bacaan Ratib Al-Attas, membaca Doa Kesyukuran serta Doa Peliharakan Sultan, dan seterusnya Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah, yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Berkenaan, Awang Faizal bin Janif.

Turut hadir, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyurat Negara; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap, KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Dr. Siti Norkhalbi bin Haji Wahsalfelah; ahli-ahli PKWE di seluruh daerah; Persatuan WARGAMAS; Persatuan NGOs; para pegawai kanan KKBS dan JAPEM; rakan-rakan strategik KKBS serta penduduk kampung.

01.20.10-Sambutan HAWE.Masjid Tamoi-JAPEM.JPG

01102020 Masjid Tamoi-Majlis Sambutan HAWE 2020 (3).jpg

Sejurus Selepas itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta rombongan mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan YAng Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

 01.10.20-HAWE (4).JPG

01.10.20-HAWE (2).JPG

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa, yang dipimpin oleh ahli PKWE Tutong, Awang Haji Hamaffi bin Haji Md. Yassin.

Fokus sambutan majlis ini adalah sebagai tanda kesyukuran bagi mengenang dan menghormati jasa bakti golongan warga emas terhadap keluarga, masyarakat dan negara serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan serta menjadi wadah untuk bersungguh-sungguh dalam menuju ke arah kebaikan.

Sambutan pada tahun ini bertemakan 'Pandemik: Adakah Ia Mengubah Cara Kita Menangani Umur dan Penuaan' atau 'Pandamics: Do They Change How We Address Age and Ageing'.

Setakat bulan Ogos 2020, seramai 38,537 orang penerima pencen umur tua yang berdaftar di JAPEM.


Attachments
Created at 10/28/2020 10:25 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/28/2020 11:19 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim