Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengelolakan Kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula 20 Julai hingga 22 Julai 2020 bertempat di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas.
Kursus ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya.