Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menjalankan taklimat mengenai Skim Kebajikan Negara (SKN) pagi tadi bertempat di Pusat Persidangan, Kuala Belait. Taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman lebih lanjut kepada Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong bagi Daerah Belait.