Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza
2023 ingin memaklumkan bahawa tempoh kutipan tabung adalah dengan ini
dilanjutkan selama tiga bulan lagi, iaitu sehingga 18 April 2024 bagi memberi peluang
kepada orang ramai untuk meneruskan aktiviti-aktiviti amal dan sumbangan derma
kepada rakyat Palestin di Gaza.