Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1442H/2021M

Foto: Muiz Matdani dan Sim Y.H. (Media Permata), Sufyan Aiman bin Sufri (JAPEM), Hj Mohd Syazwan bin Hj Abd Jalil (JBS), Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman (KKBS) & Hajah Ajijah Ali (KKBS)

Bandar Seri Begawan, Rabu 28 April 2021 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menganjurkan Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung pada hari ini 28 April 2021, secara serentak di lapan buah lokasi iaitu Dewan Kemasyarakatan Mentiri; Dewan Muhibbah; Dewan Kemasyarakatan Sengkurong; Dewan Kemasyarakatan Lambak, Jalan II; Kompleks Sukan Sungai Kebun; Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan  Batu; Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas; dan Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

Turut hadir bagi menyampaikan derma anak yatim di Kompleks Sukan Sungai Kebun ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Mulia Awang Mubashar H. Khokhar, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Brunei Darussalam.  

MP1-28.04.21-Derma Anak Yatim.jpg

28.04.21-Derma Anak Yatim.MP2.jpg

Sementara penyerahan derma di Dewan Kemasyarakatan Mentiri; Dewan Muhibbah; Dewan Kemasyarakatan Sengkurong; Dewan Kemasyarakatan Lambak, Jalan II; Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan  Batu; Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas; dan Pusat Belia Bandar Seri Begawan masing-masing telah disempurnakan oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap dan TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan Timbalan Pengarah Urusan I Bank Islam Brunei Darussalam.

Derma Anak Yatim MP3-28.04.21.jpg

28.04.21-Derma Anak Yatim-SUT PH (1).jpg

28.04.21-Derma Anak Yatim-SUT Puan Shikin (1).jpg

Majlis di lapan lokasi tersebut telah dimulakan dengan bacaan Tahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat secara beramai-ramai sebelum acara penyampaian derma anak yatim kepada seramai 2,695 orang penerima dari Daerah Brunei dan Muara. Penyerahan derma kepada Pegawai Daerah Tutong, Pegawai Daerah Belait dan Pegawai Daerah Temburong juga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di Kompleks Sukan Sungai Kebun bagi anak-anak yatim yang berdaftar di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong.

28.04.21-Derma Anak Yatim-TSUT PM.jpg


28.04.21-Derma Anak Yatim-TSUT Dr Norkhalbi (4).jpg

28.04.21-Derma AnakYatim-TSUT Puan Saidah (1).jpg

28.04.21-Derma anak Yatim.11.jpg

28.04.21-Derma Anak Yatim (14).jpg

Sumbangan-sumbangan yang diserahkan ini adalah derma daripada Tabung Anak-Anak Yatim; Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara; dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Jumlah sumbangan yang disampaikan daripada Tabung Anak-Anak Yatim di bawah kendalian JAPEM ialah sebanyak BND $209,850.00; sumbangan dari Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara pula berjumlah BND $26,950.00 dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menyumbangkan sebanyak BND

$209,850.00. Kempen kutipan derma melalui SMS Brunei Prihatin untuk Tabung AnakAnak Yatim pada tahun 1441/2020 juga telah berjaya mengumpul dana sejumlah BND $350,824.00.

Kadar sumbangan yang dihulurkan kepada anak-anak yatim di seluruh negara melalui JAPEM adalah tertakluk kepada jumlah sumbangan yang diterima daripada orang ramai kepada Tabung Anak-Anak Yatim, JAPEM. Sumbangan berbentuk kewangan kepada Tabung Anak-Anak Yatim bolehlah dihulurkan melalui; 

  1. Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Tingkat 2, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, BB4310, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat; atau

  2. Melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Brunei Prihatin bagi Tabung Anak Yatim yang telah bermula pada 8 April 2021 bagi tempoh 3 bulan iaitu sehingga 8 Julai 2020 dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif dan bagi pelanggan Imagine hantar kepada 39999; atau

  3. Menderma ke Tabung Anak-Anak Yatim melalui Bank Islam Brunei Darussalam secara online atau memasukkan derma ke nombor akaun Tabung Anak-Anak Yatim 0000-101-004-9034. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) ditalian 2380704 semasa waktu pejabat atau menghubungi hotline JAPEM, Talian Helpline Kebajikan 141 atau Talian ANAK 121 pada bila-bila masa. 

Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan daripada orang ramai akan dapat membantu anak-anak yatim dalam menyambut bulan Syawal yang mulia nanti selain meraih pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan sekaligus untuk mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wata'aala. 

28.04.21-Derma Anak Yatim-gambar anak2.jpg


Attachments
Created at 5/12/2021 10:18 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 5/12/2021 10:30 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim