Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

HARI TERBUKA PUSAT BAHAGIA TUTONG SEMPENA HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA

29112020_Hari terbuka Pusat Bahagia Tutong (1).jpg

Tutong, Ahad, 29 November 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menganjurkan hari terbuka dan aktiviti sukan ria di Pusat Bahagia Daerah Tutong pada pagi ini bersempena dengan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang diraikan setiap tahun pada 3 Disember dengan temanya pada tahun ini "Bukan Semua Kelainan Upaya Itu Nampak Dari Mata Kasar" (Not All Disabilities Are Visible).

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan Hari Terbuka Pusat Bahagia Daerah Tutong ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash'ari, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha Tetap (Kebudayaan dan Kemasyarakatan); Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan); Ketua-Ketua Jabatan; Muhd amirul Hadi bin Hj Muhd Tajuddin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong; serta pegawai-pegawai kerajaan dan Persatuan Badan-Badan Bukan Kerajaan.

29112020_Hari terbuka Pusat Bahagia Tutong (7).jpg

Seramai lebih kurang 300 orang pelatih-pelatih OKU berserta dengan ibu bapa atau penjaga dari keempat-empat daerah telah menghadiri acara sukan ria tersebut.

Acara dimulakan dengan memotong reben dan melepakan scroll banner dengan perkataan "Hari Terbuka Pusat Bahagia Tutong" oleh Tetamu Kehormat. Acara diteruskan dengan sesi senamrobik bersama dengan para jemputan dan pelatih-pelatih Pusat Bahagia yang diketuai oleh Mohd Nazmi bin Johari dan diselajurkan dengan perasmian Rumah Hijau tanaman semaian bunga yang ditaja oleh Golden Cooperation Sdn Bhd.

29112020_Hari terbuka Pusat Bahagia Tutong (2).jpg

Acara diteruskan dengan lawatan sekitar Pusat Bahagia Tutong, lot jual-jualan dan juga pameran serta diserikan dengan penyampaian hadiah-hadiah SukanRia, Pertandingan kraftangan dan lukisan pelatih-pelatih Pusat Bahagia.

29112020_Hari terbuka Pusat Bahagia Tutong (6).jpg

29112020_Hari terbuka Pusat Bahagia Tutong (4).jpg

Di antara tujuan hari terbuka ini diadakan ialah bagi memperingati HAOKU dan acara ini juga bertepatan dengan United Nation Convention of Right for Persons with Disabilities (UNCRPD) arktikel 30 yang mana menyatakan penglibatan OKU di dalam hidup berbudaya, rekreasi, masa lapang dan sukan. Ia juga merupakan peluang bagi Pusat Bahagia Tutong memberigakan kepada orang ramai mengenai program-program yang terdapat di Pusat Bahagia Tutong.

Disamping itu, hari terbuka ini juga dapat mengukuhkan hubungan Kerjasama Pusat Bahagia di kempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam serta rakan-rakan strategik yang sentiasa memberikan sokongan terhadap OKU di Negara ini. Dalam masa yang sama juga membuka ruang hubungan rangkaian Kerjasama dengan pelbagai pihak lain serta keterlibatan OKU di kalangan masyarakat kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat.

29112020_Hari terbuka Pusat Bahagia Tutong (5).jpg

Sambutan ini juga diharapkan dapat mengalakan pelatih dan pelajar kelainan upaya lebih aktif dalam apa jua jenis sukan untuk menjaga kesihatan serta kecergasan fizikal dan minda. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari ini yang berbentuk pameran dan jualan hasil produk-produk Pusat Bahagia, jualan terbuka ibu bapa pelatih serta pertandingan kraftangan dan lukisan.

Attachments
Created at 4/25/2021 2:12 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 4/25/2021 2:13 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim