Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PESERTA BENGKEL BAHASA ISYARAT TERIMA SIJIL

‚Äč151020_Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (14).jpg

TEMBURONG, Khamis, 15 Oktober 2020 - Bengkel Asas Bahasa Isyarat anjuran Bahagian Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) menutup tirainya hari ini dengan Majlis Penyampaian Sijil yang berlangsung di Dewan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.

Seramai 22 peserta yang terdiri daripada Ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Temburong dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Temburong mengikuti bengkel selama tiga hari trsebut bermula 13 Oktober yang lalu.

Penyampaian sijil kepada peserta disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Kebudayan dan Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Hajaih Nor Ashikin binti Haji Johari selaku tetamu kehormat majlis.

151020_Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (13).jpg

151020_Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (3).jpg

Turut hadir, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu selaku Penghulu Mukim Bokok, Temburong dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

151020_Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (2).jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh salah seorang peserta bengkel, Awang Haji Hamdan bin Haji Bakar, disusuli dengan persembahan nyanyian 'Oh Kanak-Kanak' menggunakan bahasa isyarat daripada para peserta.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video pendek mengenai aktiviti yang diadakan oleh para perserta sepanjang mengikuti bengkel tersebut.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai Bengkel Bahasa Isyarat boleh menghubungi Bahagian OKU menerusi talian +673 2330315 atau e-mel 'pusatbahagia@gmail.com'.


Attachments
Created at 1/20/2021 11:23 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/20/2021 11:23 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim