Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA KEBAKARAN BAGI DAERAH BRUNEI MUARA

020920 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpg

Bandar Seri Begawan, Rabu, 2 September 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di RPN Perumahan Teres Kg Tanah Jambu, Daerah Brunei Muara pada 29 Ogos 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

020920 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (2).jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Pengiran Johari bin Pengiran Matasan/Pengiran Hassan, ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap Kemasyarakatan serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.

020920 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (3).jpg

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oelh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/2/2020 4:48 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/2/2020 4:48 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim