Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAGIHAN BANTUAN LAMPIN PAKAI BUANG DAN SUSU BAGI GOLONGAN WARGA EMAS YANG MEMERLUKAN

‚Äč30072020 Pengagihan Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu (1).jpeg

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Bantuan lampin pakai buang dan susu yang telah dan terus diungkayahkan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kepada penerima-penerima bantuan dalam kalangan warga emas yang berkeadaan uzur (bed ridden) serta berkehidupan susah menurut garispanduan yang ditetapkan kini diagihkan secara in-kind.

Melalui kaedah pemberian secara in-kind, pegawai-pegawai JAPEM sendiri akan menyampaikan lampin pakai buang dan susu secara langsung kepada penerima-penerima di kediaman masing-masing setiap bulan secara serentak di keempat-empat daerah. Kaedah pengagihan ini membolehkan pihak JAPEM untuk lebih prihatin dengan melihat sendiri keadaan kehidupan warga emas dan seterusnya menangani kemaslahatan mereka.

30072020 Pengagihan Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu (2).jpeg

Pada masa ini, seramai 86 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi pemakaian lampin pakai buang dan minuman susu sebagai keperluan asasi harian mereka. Daripada jumlah ini, 31 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi pemakaian lampin pakai buang, 33 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi minuman susu, dan 22 orang warga emas lagi menerima bantuan bulanan bagi mendapatkan kedua-dua keperluan tersebut.

Inisiatif ini adalah selaras dengan keutamaan pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan tiada ketirisan dikalangan masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk warga emas yang kurang bernasib baik di Negara Brunei Darussalam menurut garispanduan yang ditetapkan. Ke arah ini, pihak Kerajaan akan terus memastikan bantuan yang diagihkan akan digunakan sewajarnya bagi mematuhi keperluan-keperluan khusus warga emas agar kualiti kehidupan mereka akan terus terjamin.

30072020 Pengagihan Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu (3).jpeg

30072020 Pengagihan Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu (4).jpeg  

30072020 Pengagihan Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu (5).jpeg


Attachments
Created at 8/3/2020 8:50 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 8/3/2020 8:51 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim