- PERATURAN DAN FORMAT PERTANDINGAN
1.1. Format Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-IV, 2018 adalah secara berkontinjen. Sebanyak 15 kontinjen akan menyertai Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-IV, 2018 termasuk tiga (3) kontinjen jemputan iaitu :
- Kontinjen Daerah Brunei dan Muara,
- Kontinjen Daerah Belait,
- Kontinjen Daerah Tutong,
- Kontinjen Daerah Temburong,
- Kontinjen Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,
- Kontinjen Majlis Sukan Polis Diraja Brunei,
- Kontinjen Majlis Sukan Sekolah –Sekolah Brunei Darussalam,
- Kontinjen Institusi Pengajuan Tinggi (UBD, UTB, UNISSA, IGS, Politeknik, KUPUSB, Cosmopolitan, Micronet, Laksamana College & IBTE),
- Kontinjen Gabungan Syarikat Telekomunikasi Brunei (AITI, TelBru, DST, PCSB),
- Kontinjen Gabungan Syarikat Minyak Brunei Shell,
- Kontinjen Syarikat Penerbangan Diraja Brunei,
- Kontinjen Persatuan Bank-Bank Brunei.
1.2. Kontinjen Jemputan adalah seperti berikut :
- Majlis Sukan Negeri Sabah
- Majlis Sukan Negeri Sarawak
- Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
1.3. Setiap kontinjen hendaklah mengandungi:
- Ketua Kontinjen
- Pegawai Urusetia
- Pegawai Perhubungan
- Pegawai Perubatan
- Pengurus-Pengurus Pasukan
- Jurulatih-Jurulatih Pasukan
- Atlet
1.4. Semua peraturan dan format pertandingan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan berpandukan undang-undang permainan dan format pertandingan yang lazimnya digunakan oleh Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan di Negara ini dengan merujuk kepada peraturan dan undang-undang Badan Sukan Antarabangsa.
1.5. Acara-acara sukan hanya akan dipertandingkan berdasarkan kepada syarat-syarat:-
1.5.1. Bagi sukan berpasukan jumlah penyertaan ialah seramai 4 pasukan sahaja.
1.5.2. Bagi acara perseorangan penyertaan hendaklah tidak kurang daripada 4 peserta.
| |