Mewujudkan usaha pembangunan dan perkembangan bakat-bakat atlet secara bersama melalui persaingan yang sihat kearah membentuk kecemerlangan dan kegemilangan sukan di Negara Brunei Darussalam.
Membentuk hubungan kerjasama yang akrab dalam membina pembangunan insan kearah pembangunan sejagat.
Membina rangkaian keharmonian melalui satu gagasan sukan bagi menjana evolusi baru dalam usaha membentuk sebuah negara yang harmoni dan bersatu.
Menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah destinasi sukan yang efesyen, aktif dan beridentiti.
Adalah untuk meningkatkan prestasi dan kualiti ahli-ahli sukan dalam mencari kecemerlangan sukan di negara ini.
Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) adalah salah satu medan untuk memilih ahli sukan berkelayakan (Qualified) bagi mewakili negara diperingkat serantau dan antarabangsa.