Unit Keluarga
Unit ini mengendalikan perkara yang berkaitan dengan keluarga seperti masalah keluarga (perselisihan faham dan sebagainya), masalah suami isteri, merempat/masalah tempat tinggal, orang meminta-minta dan merayau-rayau, penyiasatan permohonan anak angkat dan pelbagai aduan keluarga lagi
Tindakan Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam menangani kes-kes keluarga yang dirujuk ke Jabatan ini:
- Membuat pendekatan dan laporan sosial.
- Memanggil pihak yang terlibat untuk membincangkan perkara yang berbangkit.
- Memberikan bimbingan dan khidmat nasihat.
- Mengadakan perjumpaan keluarga (menjadi orang tengah), jika perlu
- Menyelaras kes-kes yang diterima bersama agensi yang berkenaan, jika perlu
Unit Wanita
Unit ini juga mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan penganiayaan dan keganasan rumahtangga terhadap wanita serta pelbagai aduan yang diterima daripada wanita
Tindakan Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam menangani kes:
- Menjalankan pendekatan terhadap mangsa dan keluarga
- Menyelaras kes-kes yang diterima bersama agensi-agensi berkenaan seperti Polis, Hospital, Mahkamah dan Bahagian Khidmat Keluarga mengikut keperluan kes
- Memberikan bimbingan dan nasihat
- Membuat pemantauan / seliaan
- Memberikan tempat perlindungan kepada mangsa, jika perlu
Disamping itu:
- Menyediakan maklumat hal ehwal wanita dalam / luar negeri samada diperingkat nasional atau antarabangsa seperti CEDAW dan yang berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB), Commonwealth, ASEAN dan lain-lain
- Memantau perkembangan dan aktiviti yang dijalankan oleh persatuan-persatuan wanita yang bernaung di bawah Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dan persatuan lainnya
- Menyediakan perangkaan mengenai hal ehwal wanita
- Membuat penyelidikan / kajian wanita dalam pembangunan
Unit Kanak-Kanak
Perkhidmatan di unit ini bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah social ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang baik bagi mereka. Perkhidmatan ini meliputi:-
- Permohonan untuk mengasuh Anak Laqid (Anak Pungut).
- Penyediakan laporan mengenai dengan Convention on the Rights of Child (CRC).
- Penderaan, pengabaian, penjagaan dan sebagainya yang berkaitan dengan kanak-kanak.
- Anak Yatim.
- Menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kanak-kanak.
Kumpulan sasaran
Kanak-Kanak;
- Dibawah Umur 18 tahun yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan.
- Kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan atau bantuan untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam keluarga sendiri atau keluarga angkat.