Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Pusat Penjagaan Harian Kanak-Kanak :.

Pusat Penjagaan harian Kanak-Kanak atau Child Care Centre ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun yang memerlukan perkhidmtan Pusat Penjagaan semasa ibubapa mereka di tempat kerja. Perlu difahami, Pusat tersebut adalah pusat kepentingan khusus untuk kanak-kanak (Child-Oriented) dan bukan untuk kepentingan pengajar (Teachers-Oriented) laitu dengan maksud, kurikulum yang disediakan hendaklah disesuaikan dengan perkembangan sosial dan tumbesaran kanak-kanak khususnya di bawah umur 3 tahun dan bukan kanak-kanak tersebut disesuaikan oleh kurikulum yang dikhaskan untuk pelajaran-pelajaran awal seperti membaca atau mengira seperti yang terdapat di dalam kurikulum tadika.

Kebenaran beroperasi daripada JAPEM

Mulai 1 januari 2005, orang ramai yang berhasrat untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Harian Kanak-Kanak hendaklah menghadapkan permohonan mereka kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Jabatan ini akan bertanggungjawab mendaftar dan memberi Kebenaran terhadap mana-mana permohonan melalui pengeluaran lesen perkhidmatan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Lesen beroperasi

Lesen yang dikeluarkan oleh JAPEM adalah bertujuan untuk:-

  • Memantau dan mengawal segala syarat dan prosedur Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang berumor di bawah 3 tahun.

  • Memantau samaada pegawai dan kakitangan di setiap Pusat yang beroperasi mendapat latihan yang bersesuaian khusus untuk Penjagaan kanak-kanak di bawah umor 3 tahun, dan samaada setiap perkhidmatan memenuhi keperluan kanak-kanak berkenaan.

  • Memperbaiki piawaian dan kualiti Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di negara ini dari masa ke semasa.

  • Meningkatkan kualiti program Penjagaan dan perkembangan khusus untuk kanak-kanak.

AKTA-AKTA YANG DIGUNAPAKAI

Kerajaan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyediakan akta-akta tertentu bagi melindungi kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak di negara ini.

  • Perintah Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 2006 dan Peraturan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 2006 bagi memastikan hal ehwal kebajikan kanak-kanak dan Penjagaan kanak-kanak yang berkualiti diutamakan di setiap Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di seluruh negara.

  • Perintah Kanak-Kanak dan Remaja 2006 bertujuan memberi perlindungan terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, eksploitasi dan pengabaian; serta tindakan pemulihan ke atas kanak-kanak yang bermasaalah seperti kanak-kanak / remaja yang sukar dikawal.

  • Undang-Undang Keluarga Islam 1999 dikhususkan sebagai panduan dalam menangani isu penjagaan ke atas kanak-kanak dari keluarga Islam.

  • Perintah Darurat (bagi perempuan yang sudah berkahwin) 1999 dikhususkan bagi keluarga yang bukan Islam di dalam menentukan hak penjagaan anak

Senarai Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Dibawah Umur 3 Tahun YANG BERDAFTAR DENGAN Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

  1. Melissa’s Playhouse
    No. 436, Jalan Kebangsaan, Kg Sungai Akar BC4115
  2. Des Day Care
    No 9, Simpang 394, Anggerek Desa BB3717
  3. Sayangku Childcare
    No 9, simpang 589-28, Kg Delima Satu, Jalan Kebangsaan Lama BB4713
  4. Radza Day Care
    No. 3, Simpang 761, Kampong Jangsak, Gadong BF2720
  5. Bakti Dewa Day Care Centre
    No. 4, Simpang 201, Kg Jerudong, Jalan Jerudong BG3122