Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PEMBUKA TIRAI BANDAR SERI BEGAWAN IBU NEGARA KETAMADUNAN ISLAM BAGI RANTAU ASIA, TAHUN 2019 “PAMERAN JEJAK SENI BINA ISLAM BANDAR SERI BEGAWAN”

Bandar Seri Begawan, Khamis, 17 Januari 2019 – Majlis Pembuka Tirai Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019 telah berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Menteri-Menteri, Peguam Negara, Ketua Hakim Syarie, Timbalan-Timbalan Menteri, Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi luar negara ke Negara Brunei Darussalam, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan tetamu-tetamu khas.

 

Majlis ini adalah bagi pengisytiharan pemilihan Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019. Pengiktirafan ini adalah inisiatif Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Islam (ISESCO) berdasarkan kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh ISESCO iaitu memiliki sejarah dan ketamadunan Islam, menyumbang dalam memperkaya ketamadunan Islam dan kemakmuran budaya manusia dan mempunyai mercu tanda ketamadunan Islam. Pengiktirafan ini adalah satu peluang keemasan untuk menonjolkan budaya dan nilai-nilai kehidupan seharian yang berlandaskan kepada Falsafah Melayu Islam Beraja yang telah kekal diamalkan untuk lebih dari 600 tahun.

Majlis yang berlangsung pada petang ini adalah sebagai pembuka tirai bagi acara-acara sepanjang tahun 2019 iaitu Pameran Jejak Seni Bina Islam Bandar Seri Begawan yang akan mempamerkan ciri-ciri ketamadunan Islam yang terserlah di Bandar Seri Begawan dari aspek fizikal dan tangible seperti ketamadunan islam yang mencerminkan seni bina, seni visual, artifak, malahan pameran ini juga mengetengahkan aspek ketamadunan yang intangible seperti system beraja, pentadbiran, pendidikan, keugamaan, peradaban dan ciri-ciri kehidupan yang lain. Turut sama-sama dalam menjayakan pameran tersebut ialah pelukis-pelukis persendirian dan persatuan-persatuan pelukis diantaranya ialah Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam dan orang persendirian, Brunei Art Forum, Creative Space bn, Kaledeiskop bn.

Pameran ini akan diadakan selama sebulan di Ruang Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa dan kemudian akan beralih ke Galeri Seni dan ke beberapa tempat yang telah ditetapkan. 


Attachments
Created at 1/19/2019 2:44 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 1/19/2019 2:53 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan