Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL BRAILLE, ORIENTASI DAN MOBILITI KALI KEDUA BAGI TAHUN 2020

061020_Perasmian Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti Kali Kedua bagi Tahun 2020 (4).jpg

Bandar Seri Begawan, Selasa, 6 Oktober 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya, JAPEM; Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan; Jabatan Opthalmology, Kementerian Kesihatan; dan Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Perasmian Braille, Orientasi dan Mobiliti kali Ke-2 bagi tahun 2020 pada petang ini di Dewan Darul Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei dan Muara, Kampung Pulaie.

061020_Perasmian Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti Kali Kedua bagi Tahun 2020 (2).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat bagi perasmian majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Haji Mayadi bin Haji Jais, Guru Ugama Pusat Bahagia Brunei dan Muara dan seterusnya ucapaan alu-aluan daripada Dayang Irnawati binti Haji Mahir, Pemangku Ketua Bahagian Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya. Acara diteruskan mengenai kesihatan mata daripada Pengiran Dr Noor Affizan binti Pengiran Haji Abd Rahman, Timbalan Ketua Jabatan Opthalmology, Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan.

061020_Perasmian Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti Kali Kedua bagi Tahun 2020 (6).jpg

Majlis seterusnya menjemput Awang Khairul Anuar bin Haji Abd Ghafar, seorang individu OKU Penglihatan untuk sesi kongsi pengalaman kehidupan sebagai seorang OKU Penglihatan. Acara juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Awang Jamary bin Danggat, yang merupakan seorang individu OKU Penglihatan dan salah seorang tenaga pengajar bengkel berkenaan, dengan lagu bertajuk "Namun Ku Punya Hati"

Di antara tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kemahiran menggunakan huruf Braille untuk berkomunikasi dengan OKU Penglihatan dan membantu orang celik untuk mempelajari teknik latihan orientasi dan mobiliti yang betul ketika menjadi pengiring atau jurupandu kepada OKU Penglihatan agar dapat memperkasa OKU Penglihatan untuk berdikari, bergerak dengan bebas dan selamat dalam persekitaran.

061020_Perasmian Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti Kali Kedua bagi Tahun 2020 (5).jpg

Seramai 14 orang peserta telah mengikuti bengkel yang diadakan selama 5 hari di Pusat Bahagia Brunei dan Muara yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta, para sukarelawan, ahli-ahli persatuan bukan kerajaan, ibu bapa dan penjaga OKU Penglihatan dan orang persendirian.

Setakat September 2020, seramai 232 orang telah berdaftar sebagai penerima Pencen Orang Buta di JAPEM berbanding 241 orang penerima pada tahun 2019 dan 222 orang pada tahun 2018. Oleh yang demikian, bengkel seumpama ini dihasratkan dapat meningkatkan pendedahan kepada masyarakat yang celik penglihatan bagi sama-sama mempelajari cara-cara yang betul dan selamat untuk membimbing OKU Penglihatan dalam aktiviti seharian seperti membimbing mereka ke pusat membeli belah, menggunakan kemudahan awam atau di tempat kerja.


Attachments
Created at 11/23/2020 9:07 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/23/2020 9:07 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim