Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN ANGIN KENCANG BAGI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

WhatsApp Image 2020-07-07 at 11.19.23.jpeg

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin ketika menyerahkan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa yang terlibat.


Bandar Seri Begawan, Selasa, 7 Julai 2020-  Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana angin kencang yang berlaku di Kampung Serdang, Daerah Brunei dan Muara pada 2 Julai 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

WhatsApp Image 2020-07-07 at 11.19.23 (1).jpeg

Sejumlah $1,125.00 telah disumbangkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang tersebut.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

WhatsApp Image 2020-07-07 at 11.19.24.jpeg

WhatsApp Image 2020-07-07 at 11.19.22.jpeg

Turut hadir ke majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 7/8/2020 1:02 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 7/8/2020 1:02 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim