Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

Atoi Bin Anjong.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada 18 ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran rumah dan rumah roboh. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, bangunan KKBS.

Hadir menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) kepada empat belas (14) orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, seorang (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan tiga (3) orang ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh.

Rasiah binti Salim.jpg 

Safariah binti Haji Abdul Rahman.jpg

Akibat cuaca hujan berpanjangan sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2022 menyebabkan empat belas (14) buah rumah terlibat dengan kejadian banjir yang menjejaskan sembilan (9) buah rumah di Daerah Brunei Muara iaitu Kampung Tanah Jambu, Kampung Sungai Buloh, Kampung Pencha Delima dan Kampung Delima Satu. Manakalan kawasan yang terjejas bagi Daerah Tutong melibatkan tiga (3) buah rumah di Kampung Keriam, Kampung Bukit Panggal dan Kampung Bukit, Jalan Melaboi. Daerah Temburong pula melibatkan dua (2) buah rumah di Kampung Rataie dan Kampung Rupan, Batu Apoi. Kesemua penghuni dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suardy bin Haji Yusof.jpg

Tiga Kejadian berasingan di Daerah Brunei Muara telah terlibat dengan kejadian rumah roboh pada 22 November 2022 di Kampung Saba Tengah dan pada 13 Disember 2022, dua (2) buah rumah di Kampung Lurong Sekuna juga terjejas oleh kejadian yang sama. Tidak ada kecederaan berlaku semasa kejadian.

Kesemua mangsa-mangsa bencana menerima bantuan kewangan kerajaan hari ini untuk meringankan kesusahan yang dialami demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 1/11/2023 2:03 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/11/2023 2:03 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim