Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERSAMA RESIDEN DAN PENGHUNI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1443H/2022M.

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 22 April 2022 - Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi residen dan penghuni Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) pagi tadi khusus bagi 11 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta perempuan yang berjaya menghabiskan pembacaan 30 juz Al-Quran yang diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakat dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh, Pemangku Pengarah JAPEM serta pegawai-pegawai kanan JAPEM.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran, Takhtim dan Doa Khatam secara beramai. Majlis juga diserikan dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat Terhindar dari Wabak COVID-19 dan Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Sayyidul Istighfar.

Majlis yang diadakan pada hari ini bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat di samping untuk memantapkan mutu bacaan Al-Quran serta mendidik penghuni dan residen agar sentiasa membaca, mencintai dan mendengar Al-Quran sebagai amalan hidup seharian.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:06 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:06 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim