Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN DI ANTARA KKBS DAN BIBD ANAK YATIM

070222_MOU_KKBSBIBD_grp2.jpg

[Sumber Berita]

Foto: Haji Norfaizal bin Haji Mohd Salleh - KKBS

Bandar Seri Begawan, Isnin, 7 Februari 2022 - Bagi meningkatkan akses perkhidmatan sosial kepada golongan yang terdedah di negara ini, khususnya anak-anak yatim, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menandatangani Perjanjian bagi Program Biasiswa Anak Yatim. Acara berlangsung di VIP Lounge, Tingkat 1, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan majlis penandatanganan tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Ainuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis penandatanganan perjanjian di antara pihak KKBS dan BIBD, diwakili oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Hajah Nor Ashikin bin Haji Johari bersama Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Dayang Hajah Noraini binti Haji Sulaiman.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Haji Mohamad Asyraf bin Mohamad Ali, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Hajah Noraini binti Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam Brunei Darussalam Berhad.

070222_MOU_KKBSBIBD_01.jpg

Dengan menggunakan dana daripada Tabung Anak-Anak Yatim dibawah JAPEM yang bersumberkan sumbangan derma daripada orang ramai, Program Biasiswa Anak Yatim ini akan memberikan biasiswa kepada anak-anak yatim yang terpilih untuk disalukan dibawah Program BIBD ALAF iaitu sebuah program anjuran BIBD.

Ini selaras dengan salah satu objektif penubuhan Tabung Anak-Anak Yatim iaitu untuk memberikan bantuan sokongan tambahan kepada kesejahteraan dan kebajikan Anak-Anak Yatim yang memerlukan terutaman dari segi pendidikan.

070222_MOU_KKBSBIBD_02.jpg

Seramai 2 orang anak yatim yang terpilih diperuntukkan setiap tahun untuk mengikuti Program ALAF, bermula dengan sesi ke-9 bagi tahun persekolahan 2021/2022, menerima terma dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh JAPEM dan BIBD.

Penerima-penerima biasiswa tersebut ialah Dayang Norhayati binti Abdullah Ahmad, pelajar Tahun 7 di Sekolah Menengah Pengiran Raja Isteri Hajjah Mariam, Serasa, dan Awang Mohammad Noorshahadriyaan bin Shahrin, pelajar Tahun 7 di Sekolah Menengah Masin.

070222_MOU_KKBS-BIBD_Sign.jpg

Pemberian biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif pihak kerjaan untuk melihat pelajar-pelajar yang mengikuti Program BIBD ALAF akan berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi insan yang dapat membantu dan meningkatkan lagi taraf kehidupan keluarga mereka dan terkeluar dari jaringan kemiskinan.

Oleh itu, dengan adanya pemberian biasiswa ini adalah diharapkan dapat meringinkan beban penjaga anak yatim dari segi kos perbelanjaan, dimana keperluan belajar pada masa kini, dalam situasi COVID-19, adalah lebih menjurus kepada pembelajaran atas talian dalam norma baharu.

Attachments
Created at 2/13/2022 9:03 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 2/13/2022 9:03 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim