Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA-MANGSA BENCANA

03022022_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan 03.jpg

Bandar Seri Begawan, Khamis, 3 Februari 2022 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pebangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada 16 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran, banjir dan angin kencang. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, Bangunan KKBS.

Hadir menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayan, Belia dan Sukan.

03022022_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan 01.jpg

Seramai dua (2) orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran, dua (2) orang ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir dan 12 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang telah menerima bantuan kewangan hari ini.

Kejadian kebakaran berlaku pada 29 Januari 2022 telah meranapkan bahagian atas sebuah rumah di Kampung Sungai Belukut dan mengakibatkan seorang lelaki berumur 70 tahun terkorban. Manakala tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Katok pada 10 Januari 2022.

Hujan lebat berterusan pada 4 hingga 6 Disember 2021 juga menyebabkan sebuah rumah di Kampung Junjungan dan sebuah rumah di Kampung Medewa dimasuki air melebihi paras satu kaki.

Dalam kejadian yang berasingan pula, sebanyak 12 buah rumah di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan C, Kuala Belait telah mengalami kerosakan atas atau atap terbang berikutan kejadian angin kencang yang berlaku pada 7 November 2021.

Pemberian bantuan kewangan tersebut adalah untuk membantu meringikan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 2/10/2022 12:24 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 2/10/2022 2:12 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim