Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Sebutharga | Iklan Tawaran Sebutharga Tender / Tenders & Quotation :.

BIL. TAWARAN PERKARA TARIKH TUTUP
JAPEM/T/2018/PUSAT BAHAGIA/01 PEMBEKALAN BAGI RANCANGAN PERMAKANAN PUSAT BAHAGIA, PULAIE (BARANG MENTAH) BAGI TEMPOH 2 TAHUN 17 APRIL 2018
(HARI SELASA) - 2 PTG

Syarat-syarat tawaran: -

  • Tawaran dibukakan kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

  • Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kakitangan Kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai.

  • Dokumen tawaran boleh diperolehi dari Unit Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari/waktu bekerja.

  • Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Penolong Pegawai Kewangan Tkt 1, di Unit Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.

  • Yuran Tawaran adalah $10.00 sahaja bagi setiap tawaran dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (‘bona-fide tender’).

  • Pembayaran boleh dibuat di Unit Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bermula 8:00am sehingga 11:00am dan bermula 2:00pm sehingga 3:30pm pada setiap waktu bekerja kecuali hari Sabtu (hanya sehingga 11:30 am).

  • Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (‘sealed’) dengan menyatakan bilangan dan tajuk tawaran serta tarikh tutup tawaran tanpa menyatakan nama penender/syarikat dengan dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BC4415, Negara Brunei Darussalam.

  • Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan kedalam Peti Tawaran (*Peti berwarna BIRU) yang disediakan di:
    Tingkat 1, Ruang Masuk/Penyambut Tetamu
    (depan kaunter sekuriti)
    Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
    Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan,  BC4415,
    Negara Brunei Darussalam.

     Tidak lewat 17 April 2018 jam 2.00 petang hari Selasa.
     

  • Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.

  • Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada hari Khamis, 12 April 2018 jam 11.00 pagi.

  • Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan.

  • Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, setiap syarikat dikehendaki membawa dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Business Enactment Section 16 & 17) dan dikehendaki membayar yuran tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan.

  • Setiap borang tawaran yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan sijil pendaftaran (seperti kenyataan para 12) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan para 5).

  • Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.

  • Syarikat yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4(39/1997).