Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Program Perkasa Komuniti :.

 

PROGRAM PERKASA KOMUNITI

Program Perkasa Komuniti (PPK) merupakan sebuah program pembangunan kapasiti yang menawarkan latihan kemahiran, latihan keusahawanan, kemahiran perniagaan dan pembangunan diri kepada golongan sasaran dan keluarga mereka.

Matlamat PPK

  • Untuk membantu mengubah paradigm, sikap dan pemikiran daripada bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan bagi mengatasi masalah perbelanjaan harian kepada ingin bekerja dan berusaha sendiri untuk menyara kehidupan dengan lebih baik dan terjamin

  • Memperkasa orang yang berpenghidupan susah dengan memberikan latihan kemahiran mengikut keupayaan dan keperluan setiap individu sebagai langkah intervensi yang bersesuaian

  • Program ini dikhususkan bagi pemohon-pemohon yang mempunyai kebolehan-kebolehan asas untuk menjana pendapatan tetapi tidak mempunyai kelulusan ataupun kemahiran yang berpatutan untuk memanfaatkan peluang pekerjaan ataupun perniagaan yang ada di pasaran

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam termasuk Penduduk Tetap;

  • Tidak mempunyai sebarang pekerjaan atau pendapatan tetap;

  • Bersedia untuk mengikuti kursus mandatori, menghadiri sebarang temuduga, perjumpaan. taklimat, bimbingan, latihan atau yang seumpamanya yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS);

  • Berumur dalam lingkungan 20 tahun dan tidak melebihi 45 tahun;

  • Sihat tubuh badan;

  • Bersetuju mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh JAPEM dari masa ke semasa; dan

  • Pernah menduduki Peperiksaan Tingkatan 5 (bagi Kursus Komputer dan Pengendalian Pejabat).

Jenis Kursus yang ditawarkan

  • Komputer dan Pengendalian Pejabat  

  • Masakan, Katering, Kek dan Pastri

  • Solekan dan Dandanan Rambut

  • Jahitan dan Sulaman

Program Tambahan yang diikuti

  • Pembangunan Diri termasuk Program Motivasi

  • Keusahawanan

  • Lain-Lain Kursus yang berkaitan  

Tempoh Kursus

Tempoh kursus adalah selama tiga (3) bulan iaitu para pelatih akan diajarkan latihan kemahiran dalam bidang-bidang yang tersebut di atas yang juga akan diselajurkan dengan Program Pembangunan Diri dan Keusahawanan.