Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Keluarga dan Kanak-Kanak :.

Unit Keluarga

Unit ini mengendalikan perkara yang berkaitan dengan keluarga seperti kes-kes perceraian, pemberian nafkah, hak penjagaan anak, keganasan rumah tangga, tuntutan terhadap penjagaan anak, permasalahan kewangan, orang meminta-minta dan merayau-rayau, keluarga daif / tidak terurus, pengabaian orang tua, tuntutan nafkah anak-anak dan pelbagai aduan lain.

Tindakan Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam menangani kes-kes keluarga yang dirujuk ke Jabatan ini.

  • Membuat siasatan dan laporan sosial.
  • Memanggil pihak yang terlibat untuk membincangkan perkara yang berbangkit.
  • Mengadakan sesi kaunseling dan khidmat nasihat.
  • Memanjangkan kes kepada pihak yang berkenaan, jika perlu

Unit Wanita

Unit ini juga mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan penganiayaan dan penderaan terhadap isteri-isteri dan wanita disamping berbagai-bagai pengaduan yang diterima daripada 'Helpline', orang ramai atau media massa.

  • Mengumpulkan dan menyebarkan maklumat wanita dalam / luar negeri.

  • Menjadi penyelaras/urusetia kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal wanita samada di peringkat nasional atau antarabangsa seperti CEDAW, UNIFEM dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB], Commonwealth, ASEAN dan lain-lain.

  • Membuat penyelidikan/kajian wanita dalam pembangunan.

  • Memata-matai perkembangan dan perjalanan aktiviti persatuan wanita bagi memastikan kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan selaras dengan matlamat pembangunan negara.

  • Menyediakan perangkaan mengenai hal ehwal wanita.

Kes-kes yang berkaitan dengan gejala sosial terutama yang melibatkan wanita dan gadis seperti mereka yang terdedah kepada bahaya moral, penganiayaan seks dan sebagainya juga ditangani oleh bahagian ini.

Tindakan Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam menangani kes yang melibatkan penderaan dan penganiayaan.

  • Lawatan serta merta ketempat kejadian.

  • Melaporkan kepada pihak polis.

  • Membawa mangsa ke rumah sakit untuk pemeriksaan lanjut.

  • Memberikan perlindungan kepada mangsa jika perlu.

  • Membuat laporan sosial mengenai kes  yang terlibat  dan memberikan bantuan  khidmat nasihat.

Unit Kanak-Kanak

Perkhidmatan di bahagian ini bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang baik bagi mereka. Perkhidmatan ini meliputi:-

  • Permohonan untuk mengasuh Anak Laqid (Anak Pungut).

  • Penyediakan laporan mengenai dengan Convention on the Rights of Child (CRC). 

  • Penderaan, pengabaian, penjagaan dan sebagainya yang berkaitan dengan kanak-kanak.

  • Anak Yatim.

  • Menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Kumpulan sasaran

Kanak-Kanak;

  • Dibawah Umur 18 tahun yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan.

  • Kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan atau bantuan untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam keluarga sendiri atau keluarga angkat.

Dikemaskini pada: 12 Januari 2019