Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Pusat Penjagaan Harian Kanak-Kanak :.

Pusat Penjagaan harian Kanak-Kanak atau Child Care Centre ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun yang memerlukan perkhidmtan Pusat Penjagaan semasa ibubapa mereka di tempat kerja. Perlu difahami, Pusat tersebut adalah pusat kepentingan khusus untuk kanak-kanak (Child-Oriented) dan bukan untuk kepentingan pengajar (Teachers-Oriented) laitu dengan maksud, kurikulum yang disediakan hendaklah disesuaikan dengan perkembangan sosial dan tumbesaran kanak-kanak khususnya di bawah umur 3 tahun dan bukan kanak-kanak tersebut disesuaikan oleh kurikulum yang dikhaskan untuk pelajaran-pelajaran awal seperti membaca atau mengira seperti yang terdapat di dalam kurikulum tadika.

Kebenaran beroperasi daripada JAPEM

Mulai 1 januari 2005, orang ramai yang berhasrat untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Harian Kanak-Kanak hendaklah menghadapkan permohonan mereka kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Jabatan ini akan bertanggungjawab mendaftar dan memberi Kebenaran terhadap mana-mana permohonan melalui pengeluaran lesen perkhidmatan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Lesen beroperasi

Lesen yang dikeluarkan oleh JAPEM adalah bertujuan untuk:-

  • Memantau dan mengawal segala syarat dan prosedur Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang berumor di bawah 3 tahun.

  • Memantau samaada pegawai dan kakitangan di setiap Pusat yang beroperasi mendapat latihan yang bersesuaian khusus untuk Penjagaan kanak-kanak di bawah umor 3 tahun, dan samaada setiap perkhidmatan memenuhi keperluan kanak-kanak berkenaan.

  • Memperbaiki piawaian dan kualiti Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di negara ini dari masa ke semasa.

  • Meningkatkan kualiti program Penjagaan dan perkembangan khusus untuk kanak-kanak.

AKTA-AKTA YANG DIGUNAPAKAI

Kerajaan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyediakan akta-akta tertentu bagi melindungi kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak di negara ini.

  • Perintah Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 2006 dan Peraturan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 2006 bagi memastikan hal ehwal kebajikan kanak-kanak dan Penjagaan kanak-kanak yang berkualiti diutamakan di setiap Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di seluruh negara.

  • Perintah Kanak-Kanak dan Remaja 2006 bertujuan memberi perlindungan terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, eksploitasi dan pengabaian; serta tindakan pemulihan ke atas kanak-kanak yang bermasaalah seperti kanak-kanak / remaja yang sukar dikawal.

  • Undang-Undang Keluarga Islam 1999 dikhususkan sebagai panduan dalam menangani isu penjagaan ke atas kanak-kanak dari keluarga Islam.

  • Perintah Darurat (bagi perempuan yang sudah berkahwin) 1999 dikhususkan bagi keluarga yang bukan Islam di dalam menentukan hak penjagaan anak

Senarai Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Dibawah Umur 3 Tahun YANG BERDAFTAR DENGAN Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Bil. Nama Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

 

 

1.

Melissa Playhouse
No. 436, Jalan Kebangsaan, Kg Sungai Akar, Berakas BC4115
   

2.

Creative Horizons Sdn. Bhd
Unit No. 23 & 24, Lot. 08989, Block D, Kg Pandan 7, Kuala Belait
   
3. Kindykare International
No.436, Jalan Kebangsaan, Kg Sungai Akar, BC4115, NBD
   
4 Peachtree Daycare
No.3, Spg 612, Kg Sungai Orok, Jalan Muara.
   
5. DES Daycare
No: 9, Simpang 394, Kampong Anggerek Desa, Jalan Berakas BB3717
   
6 Pg Izz Sofiya Cahaya Daycare
X4 Spg 436, Lot 8038, Jalan Maulana Kuala Belait
   
7 Blue Giraffe Day Care
No:06 Spg 50, Jln Kiarong, BE1318
   
8 Hidawi Aiman Tharwah (H.AT)
No:03, Lot 4733, Spg 69, W23, Jln Maulana, Kuala Belait
   
9 The Growing Patch
Spg 187, N0.04. Taman Setia, Kg Lambak, BSB BB1214
   
10 LHHY FUN Day Care
No:05, simpang 127-155, kg kiulap, BE1518
   
11 Little Gems day Care Centre (cawangan tanjung bunut)
No:2, Spg 1329, Kg Tanjung Bunut BF2910
   
12 Little Jewel Kingdom Daycare Centre
No:125,Kg Parit Mukim Kianggeh Jalan Kiarong,BH1223
   
13 Honey’s Day Care Centre
No: 11 Spg 49-35 Kg Melabau, Negara Brunei Darussalam.
   
14 Nusa laila puteri child care
No: 04 Spg 148 Jalan Telanai, Negara Brunei Darussalam
   
15 Kindykare International (Cawangan Jerudong)
Lot.30722 Simpang 396, Kg Jerudong , Jalan Jerudong. NBD
   
16 Little young Miraclez (LYMZ) Day Care
Lot.5321Simpang 75, Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait
   
17 Radza daycare
No:03spg 761,Kg Jangsak ,Jalan Gadong NBD
   
18 Muzzyland Educare
No: 1 spg 28, Lot 4609 Jalan Maulana Kuala Belait KA1931 NBD.
   
19 Bistari Day K
No: 03, simpang 203, Taman Permata Hijau, Lambak, Berakas.
   
20 Little Spa Kingdom
Ground floor, unit 14&15 little soho , Kg Pengkalan Gadong
   
21 Suri Hati Day Care
No:25 Simpang 542, Kampung Sungai Hancing, Jalan Muara BE2115
   
22 Little Toe Day Care
No: 1, Simpang 69-13, Kampung Kiarong Negara Brunei Darussalam
   
23 Hanis Montessori Playhouse
No: 8, Spg 485, Kg Sungai Hancing Jalan Muara BE2115
   
24 Sayangku Child Care
No: 9, Spg 589-28, Kg Delima Satu Jalan Kebangsaan Lama BB4713.
   
25 TASKA PGGMB
Simpang 396, Jalan Kebangsaan Lama