Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Anak Laqit :.

Permohonan bagi mengasuh anak laqit (anak pungut) bolehlah dihadapkan terus kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

PROSES PERMOHONAN ANAK LAQIT

Setiap permohonan yang diterima akan disiasat bagi penyediaan laporan. Pasangan pemohon akan dipanggil untuk ditemubual oleh Pekerja Pembangunan Masyarakat.

DOKUMEN YANG DIBAWA SEMASA TEMUBUAL

  • Kad Pengenalan suami isteri.

  • Sijil nikah.

  • Laporan Doktor.

  • Salinan pendapatan seperti slip gaji.

  • Kad pengenalan/Surat beranak anak kandong, jika ada.

  • Dokumen lain yang berkaitan.

BAGAIMANA PERMOHONAN ANAK LAQIT DIPROSES / KRITERIA UMUM

Permohonan yang lengkap berserta laporan sosial yang disediakan akan diteliti oleh satu jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Kumpulan Bertindak Ke Atas Perlindungan Kanak-Kanak. Ahli kepada jawatankuasa ini terdiri dari wakil beberapa agensi kerajaan yang berkenaan dinegara ini. Penilaian berasaskan kepada beberapa criteria yang telah ditetapkan seperti:-

  • Kedua-dua pasangan warganegara Negara Brunei Darussalam.

  • Beragama Islam

  • Kedua-dua pasangan hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak yang dipohonkan dan tidak melebihi 40 tahun.

  • Tempoh perkahwinan telah mencapai sekurang-kurangnya 5 tahun.

Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan dan dipanggil ke Jabatan Pembangunan Masyarakat. Bagi permohonan yang tidak berjaya akan dimaklumkan secara bersurat.