Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami| Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Skim Pengangkatan Kanak-Kanak Secara Sementara :.

Pengenalan

Skim Pengangkatan Kanak-Kanak Secara Sementara (Temporary Fostering) yang diperkenalkan ini adalah bertujuan untuk mengasoh kanak-kanak termasuk remaja yang berumur dibawah 18 tahun.  Skim ini diadakan bagi mendokong keperluan yang diperuntukan di bawah Perintah Kanak - Kanak dan Orang Muda, 2006, Bab 2 (a) – (h).  Kanak-kanak yang dimaksudkan adalah mereka yang dikategorikan seperti berikut :-

  1. Kanak-kanak yang diberikan perlindungan akibat penderaan dan pengabaian oleh ahli keluarga.

  2. Kanak-kanak dimana Ibu mereka tidak berkemampuan mengasoh disebabkan mereka sendiri mendapat perlindungan di rumah kebajikan Jabatan Pembangunan Masyarakat disebabkan masalah peribadi / keluarga.  Ini adalah termasuk kanak-kanak yang dilahirkan hasil dari hubungan sumbang mahram atau incest.

  3. Kanak-kanak dimana Ibubapa mereka tidak berupaya untuk mengasuh atau menjaga mereka disebabkan Ibubapa mengalami masalah peribadi seperti masalah kesihatan, kemiskinan / pendapatan dan sebagainya.

  4. Kanak-kanak dimana hak penjagaan belum diputuskan oleh Mahkamah berikutan kes perceraian suami isteri.

  5. Kanak-kanak dimana Ibubapa mereka terpisah disebabkan berlainan agama, seperti salah seorang telah memelok agama Islam.

  6. Kanak-kanak dimana Ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali menghilang diri.

  7. Kanak-kanak yatim piatu.

  8. Kanak-kanak / remaja dari keluarga yang bermasalah dan memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang sempurna.

  9. Lain-lain kategori yang difikirkan bersesuaian untuk mengikuti skim ini.

Latar Belakang

Skim Pengangkatan Kanak-Kanak Secara Sementara yang diperkenalkan ini merupakan salah satu usaha untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukannya di Negara ini.  Berdasarkan kepada situasi masakini Jabatan Pembangunan Masyarakat mendapati bahawa telah wujud keperluan skim seperti ini ekoran masalah yang melanda sebilangan keluarga di Negara ini.  Sebagai contoh, terdapat satu kes dimana mahkamah telah memerintahkan seorang kanak-kanak berumur 1 tahun lebih untuk ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak disebabkan Ibunya yang tidak bersesuaian menjaga beliau disebakan masalah kesihatan.  Oleh kerana tempoh penempatan kanak-kanak tersebut tidak terhad menyebabkan kanak-kanak ini akan tinggal dirumah perlindungan berkenaan dalam masa yang panjang.  Perkara ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan kesan yang kurang baik terhadap perkembangan kanak-kanak berkenaan.  Ini kerana suasana penempatan di institusi adalah sangat berbeza dengan suasana kehidupan secara berkeluarga memandangkan penempatan didalam pusat yang terlalu formal dan ‘institutionalized’ jika dibandingkan dengan suasana rumah dimana kanak-kanak sepatutnya menerima penjagaan secara normal dari mereka yang dapat memberikan kasih sayang dan perhatian yang lebih sempurna.

Sementara itu, Jabatan juga mendapati terdapat kanak-kanak di Negara ini yang memerlukan perlindungan dan jagaan ekoran masalah yang dihadapi oleh orang tua mereka seperti kemiskinan, perceraian, penderaan, pengabaian dan juga kematian.  Masalah ini menyebabkan sebahagian daripada kanak-kanak tersebut memerlukan tempat perlindungan di rumah-rumah perlindungan.  Oleh itu, bagi menangani masalah ini dan demi kepentingan kanak-kanak berkenaan terutama dari segi psikologi dan emosi mereka maka adalah bersesuaian jika sekiranya mereka dapat tinggal dengan sebuah keluarga angkat yang difikirkan boleh memainkan peranan sebagai Ibu dan bapa kepada mereka untuk mengasuh mereka secara sementara.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI PENGASOH

Bagi mengasoh kanak-kanak berkenaan beberapa criteria tertentu diperlukan dari pasangan yang berminat.  Ini dihasratkan supaya perkembangan fizikal, spiritual dan emosi kanak-kanak tersebut akan terpelihara dengan baik sekaligus bagi mewujudkan “personality” yang sempurna dan berakhlak mulia.

Syarat utama bagi Pengasuh adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon terdiri dari pasangan suami isteri.
  2. Pasangan adalah warganegara Brunei dan berugama Islam.
  3. Orang dewasa yang ‘Mukalaf’.
  4. Sempurna dari segi akal dan fizikal.
  5. Isteri yang tidak bekerja (jika bekerja mempunyai pembantu rumah).
  6. Tidak mempunyai anak damit dibawah umur 3 tahun.
  7. Tidak menghidap penyakit yang berjangkit.
  8. Mempunyai pendapatan tetap dan berkemampuan untuk menyara kanak-kanak tersebut.
  9. Terdiri dari pasangan yang dapat menunjukkan sifat-sifat pengasih, penyayang dan pemedulian.

CARA-CARA MEMOHON

  • Orang ramai boleh menghadapkan permohonan secara bertulis kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat.

  • Setiap pasangan yang menghadapkan permohonan dikehendaki untuk mengisikan borang Permohonan Mengasuh Kanak-Kanak Secara Sementera yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat seperti Lampiran A.

  • Pemohon akan dihubungi bagi menetapkan waktu untuk temubual.

PROSES PERMOHONAN PENJAGAAN KANAK-KANAK SECARA SEMENTARA

  • Setiap permohonan yang diterima akan dibuat penyiasatan terlebih dahulu oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat.

  • Setelah berpuas hati dengan keterangan dan maklumat yang diberikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat akan menghadapkan permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pasangan yang disokong menjaga sementara kanak-kanak berkenaan.

  • Setelah perintah Mahkamah diperolehi pemohon akan dimaklumkan secara rasmi mengenai permohonan mereka.

  • Pasangan akan dipanggil ke pejabat bagi pengambilan kanak-kanak.

PERINGATAN KEPADA PENGASUH

  • Pasangan yang telah dibenarkan untuk mengasuh kanak-kanak melalui skim ini hanya untuk mengasuh secara sementara.  Mereka hendaklah menyerahkan kanak-kanak berkenaan kepada keluarga asal atau kepada mana-mana orang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah untuk menjaga dan mengasuh kanak-kanak tersebut secara kekal.

  • Jika Pengasoh berkenaan berhasrat untuk mengangkat kanak-kanak yang diasoh secara kekal,  mereka boleh menghadapkan permohonan mengangkat kanak-kanak melalui prosedur yang telah ditetapkan di Negara ini.