Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami| Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Bantuan Sekaligus :.

BANTUAN BENCANA

Bantuan Bencana ini adalah bukan atas dasar mengganti rugi kerosakan atau kehilangan harta benda milik mangsa yang terlibat dengan kejadian bencana. Bantuan tersebut adalah sebagai inisiatif pihak Kerajaan untuk meringankan beban dan kesusahan mangsa-mangsa yang terbabit semasa kejadian bencana itu berlaku.

Jenis Bantuan:

  • Bantuan Kewangan Kerajaan

  • Bantuan Catuan Makanan

  • Bantuan Makanan Tersedia

  • Bantuan Barang seperti berikut:

    • Pakaian asas (Kain pelikat, Kain sarung)

    • Alat kebersihan diri (berus gigi, uubat gigi, sabun, tuala)

    • Keperluan Pakaian asas (kain pelikat, kain sarung)

Jenis-Jenis Bencana:

  • Kebakaran,

  • Ribut / Angin Kencang,

  • Rumah Roboh,

  • Tanah Susur,

  • Banjir,

  • Gegaran / Gempa Bumi,

  • Tsunami,

  • dan lain-lain.

Tugas-Tugas Utama JAPEM Mengenai Kejadian Bencana:

  • Penyediaan & Pengagihan Catuan Makanan

  • Penyiasatan Awal

  • Laporan hasil siasatan

  • Penilaian

  • Penyediaan Pengumpulan Statistik Data.

Syarat-Syarat Dan Kelayakkan Utama Menerima Bantuan Bencana:

  • Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning.

  • Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang tidak mempunyai kerakyatan (Stateless) dan lahir di Negara Brunei Darussalam memegang kad pengenalan ungu.

  • Penerima hendaklah dari golongan yang tinggal secara tetap dan bermastautin di Negara Brunei Darussalam.

BANTUAN PERUMAHAN

Jenis Bantuan:

  • Bantuan Tempat Tinggal Sementara

  • Bantuan Membaik-Pulih Rumah

  • Bantuan Membina Rumah

Pusat Penempatan Sementara Dibawah Kawalan JAPEM:

  • Pusat penempatan Sementara Kg Belimbing, Mukim Subok

  • Pusat Penempatan Sementara Jln Sentosa.

Syarat-Syarat Dan Kelayakkan Utama Untuk Mendiami Pusat Penempatan Sementara:

  • Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Dipertua Negara Brunei Darussalam.

  • Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang tidak mempunyai kerakyatan (stateless) dan lahir di Negara Brunei Drusslam boleh dipertimbangkan.

  • Penerima hendaklah tinggal secara tetap dan bermastautin di Negara Brunei Darussalam

  • Pemohon adalah terdiri daripada golongan orang-orang susah.

  • Mangsa kebakaran atau bencana alam yang berlaku dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan daripada tarikh memohon.

    • Keutamaan akan diberikan kepada ketua-ketua Keluarga (pemilik rumah). Sementara itu kelamin-kelamin yang lain akan dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan.

    • Pengesahan daripada pihak-pihak diperlukan seperti: Penghulu / Ketua Kampung, Jabatan Daerah, & Jabatan Bomba dan Penyelamat.

  • Tempoh mendiami Pusat adalah tidak melebihi 12 bulan (satu tahun daripada tarikh hari pertama mendiami. Walaubagaimanapun, tempoh mendiami seterusnya tertakluk kepada permohonan yang dikemukakan 3 bulan sebelum tempoh mendiami asal berakhir dan atas persetujuan Jawatankuasa.

  • Mana-mana penyewa yang gagal untuk membuat penyambungan akan diambil tindakan oleh jawatankuasa.
     

Jika awda layak untuk memohon, permohonan hendaklah;

  • Dihadapkan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat sama ada secara bersurat melalui Penghulu-Penghulu / Ketua-Ketua Kampung atau datang terus ke ibu pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat atau cawangan-cawangan di setiap daerah.

Dokumen Yang Perlu Dibawa/Disertakan Sewaktu Membuat Permohonan:

  • Kad Pengelanan Pintar

  • Surat Beranak/Kad Pengenalan Pintar anak-anak.

  • Sijil Nikah/Sijil kahwin (Jika berkenaan)

  • Sijil Cerai (jika berkenaan).

  • Sijil mati suami / isteri (jika suami/isteri meninggal dunia)

  • Pengesahan dari pihak sekolah bagi anak/tanggungan yang masih bersekolah.

  • Surat pengesahan kerja

  • Surat pengesahan berhenti/diberhentikan kerja

  • Surat penggantungan kerja (jika berkenaan)

  • Pembayaran rumah termasuk rumah sewa

  • Slip pembayaran gaji/surat pengesahan gaji.

  • Lain-lain dokumen yang berkenaan.

*** Salinan dokumen/sijil/surat asal dan salinan hendaklah disertakan