Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami| Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Bantuan Bencana :.

BANTUAN BENCANA

  • Pemberian Bantuan Bencana adalah bantuan dari Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang bertujuan untuk meringankan beban dan kesusahan mangsa-mangsa yang terbabit semasa kejadian bencana.

  • Bantuan Bencana adalah bukan atas dasar untuk mengganti rugi kerosakan atau kehilangan harta benda milik mangsa yang terlibat dengan kejadian bencana.

Jenis-Jenis Bencana Yang Sering Berlaku:

  • Kebakaran

  • Banjir

  • Angin Kencang

  • Tanah Susur

  • Rumah Roboh

Jenis Bantuan:

  1. Bantuan Kewangan

  2. Bantuan Asasi

    • Bantuan Catuan Makanan untuk keperluan satu minggu

    • Bantuan Makan Siap Sedia / 'packed meal' (tertakluk kepada keadaan)

    • Bantuan Keperluan Asas seperti pakaian asas, alat kebersihan diri dan keperluan asas lain (jika diperlukan)

  3. Bantuan Penempatan Sementara (jika mangsa tidak mempunyai tempat perlindungan sementara)

  4. Bantuan derma dari Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan (jika mangsa memenuhi syarat)

  5. Sokongan bagi mendapatkan peruntukan rumah kerajaan (tertakluk kelayakan mangsa)

Syarat-Syarat Dan Kelayakkan Utama Menerima Bantuan Bencana:

  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning.

  2. Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang tidak mempunyai kerakyatan (Stateless) dan lahir di Negara Brunei Darussalam memegang kad pengenalan ungu.

  3. Jika ketua keluarga bukan kategori diatas, maka kelayakan bantuan akan diberikan atas nama ahli keluarga / tanggungan lain yang berdasarkan syarat kelayakan di atas.

BANTUAN PERUMAHAN

  • Pemberian Bantuan perumahan adalah bertujuan untuk meringankan beban dan membantu rakyat terutama sekali yang terdiri dari golongan susah yang tidak mempunyai kediaman tempat tinggal yang tidak selamat untuk menikmati kediaman yang selesa dan selamat dalam menjalani kehidupan seharian. .

Jenis Bantuan Perumahan:

  1. Bantuan Penempatan Sementara

  2. Bantuan Membaik-Pulih Rumah

  3. Bantuan Membina Rumah

Syarat-Syarat Utama Memohon dan Menerima Bantuan Perumahan

  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Dipertua Negara Brunei Darussalam.

  2. atau

    Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang tidak mempunyai kerakyatan (stateless) dan lahir di Negara Brunei Drusslam memegang kad pengenalan uggu.

    atau

    Jika ketua keluarga bukan dari kategori diatas, maka kelayakan bantuan akan diberikan atas nama ahli keluarga / tanggungan lain yang berdasar syarat kelayakan diatas.

  3. Tidak mempunyai pendapatan tetap atau berpendapatan rendah (mengikut kadar dan perkiraan garispandu kemiskinan yang ditetapkan)

  4. Penerima hendaklah dari golongan yang tinggal secara tetap dan bermastautin di Negara Brunei Darussalam.

  5. Jika awda layak untuk memohon, permohonan hendaklah;.

    • Dihadapkan ke ibu pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat atau cawangan-cawangan di setiap daerah dengan mengisikan dan menghadapkan borang permohonan yang lengkap disertakan dengan salinan dokumen yang berkenaan atau melalui Penghulu-Penghulu / Ketua-Ketua Kampung.

    Dokumen Yang Perlu Dibawa/Disertakan Sewaktu Membuat Permohonan:

    • Kad Pengelanan Pintar

    • Surat Beranak/Kad Pengenalan Pintar anak-anak.

    • Sijil Nikah/Sijil kahwin (Jika berkenaan)

    • Sijil Cerai (jika berkenaan).

    • Sijil mati suami / isteri (jika suami/isteri meninggal dunia)

    • Pengesahan dari pihak sekolah bagi anak/tanggungan yang masih bersekolah.

    • Surat pengesahan kerja

    • Surat pengesahan berhenti/diberhentikan kerja

    • Surat penggantungan kerja (jika berkenaan)

    • Pembayaran rumah termasuk rumah sewa

    • Slip pembayaran gaji/surat pengesahan gaji.

    • Lain-lain dokumen yang berkenaan.

    *** Salinan dokumen/sijil/surat asal dan salinan hendaklah disertakan