Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Institusi Kebajikan | Pusat Bahagia (KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK CACAT) :.

 

Sepintas Lalu

Kelas Bimbingan Orang Berkeperluan Khas telah ditubuhkan pada tahun 1980 dengan inisiatif dan daya usaha serta kerjasama para pekerja sukarela.  Pada waktu itu hanya sebuah kelas yang dijalankan sekali dalam seminggu dengan keramaian 5 orang murid bertempat di klinik Kg Ayer.

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT

  • 1980

    • Kelas Bimbingan Orang Berkeperluan Khas Brunei Muara mula ditubuhkan 1 kali seminggu di klinik Kg Ayer dengan keramaian 5 orang pelajar.

    • Kelas Bimbingan Orang Berkeperluan Khas Kuala Belait ditubuhkan di rumah kerajaan jalan piasau.

  • 1981

    • Kelas Bimbingan Orang Berkeperluan Khas Brunei Muara berpindah ke ibu pejabat Bulan sabit merah sebelum berpindah ke Pusat Belia.

  • 1983-1986

    • Pembinaan bangunaan baru bagi Kelas Bimbingan Orang Berkeperluan Khas mula digunakan sepenuhnya.

  • 1984

    • Kelas Bimbingan Kuala Belait telah beroperasi di Pusat Belia.

  • 1986

    • Kelas Bimbingan Kuala Belait berpindah dari Pusat Belia ke Jalan Carey.

  • 1989

    • Kelas Bimbingan Orang Berkeperluan Khas Temburong mula ditubuhkan di Pekan Bangar Temburong.

  • 1990

    • Kelas Bimbingan Orang Berkeperluan Khas daerah Tutong ditubuhkan di Sungai Besong Bukit Bendera.

  • 1991

    • Kelas Bimbingan Orang Berkeperluan Khas daerah Belait berpindah di Jalan Pandan Lima A.

  • 1993

    • Pusat Bahagia daerah Brunei/Muara telah berpindah ke bangunan yang ada sehingga kini di kampong Pulaie.

  • 27 Mac 2003

    • Pembukaaan Rasmi Pusat Bahagia Eric Goh di Jalan Pandan Lima.

Proses mengikut Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat (Pusat Bahagia)

  • Taman Permainan ( Play Group) Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang mana kanak-kanak yang sudah mencapai umur persekolahan ( 5 tahun ) akan dirujuk ke Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat.

  • Proses kemasukkan Kanak-kanak ini juga melalui Jabatan sekolah-sekolah kementerian Pendidikan.  Murid yang tidak dapat mengikut pendidikan secular di sekolah biasa akan di rujuk ke Kelas Bimbingan Kanak-kanak Cacat oleh Jabatan berkenaan.

  • Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang tidak berkesempatan dimasukkan seperti di atas boleh berhubung terus ke Pusat Bahagia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Proses Kemasukan ini juga melalui Penghulu atau Ketua Kampong

  • Peringkat umurnya 6 hingga 17 tahun.