Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Institusi Kebajikan | Pusat Penempatan Sementara Belimbing, Subok (PPSBS) :.

 

Tujuan Penubuhan

Memberi peluang kepada mangsa-mangsa kebakaran dan bencana alam serta orang-orang susah untuk tinggal sementara mendiami Pusat ini dengan dikenakan kadar bayaran sewa.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENDIAMI PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA BAGI:-

MANGSA-MANGSA KEBAKARAN DAN BENCANA ALAM

  • Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Dipertua Negara Brunei Darussalam.

  • Penduduk Tetap boleh dipertimbangkan.

  • Disahkan sebagai mangsa kebakaran oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat.

  • Mangsa kebakaran atau bencana alam yang berlaku dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan daripada tarikh memohon.

  • Keutamaan akan diberikan kepada ketua-ketua Keluarga (pemilik rumah). Sementara itu kelamin-kelamin yang lain juga akan dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan.

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani satu surat perjanjian di Mahkamah dengan menyediakan:-

    • Dua orang penjamin, atau

    • Seorang penjamin jika ada penaja untuk bayaran sewa, elektrik dan air.

  • Tempoh mendiami Pusat adalah tidak melebihi 12 bulan daripada tarikh hari pertama mendiami Pusat. Walaubagaimanapun jika penghuni ingin melanjut tempoh mendiami di Pusat ini, mereka boleh merayu dan pertimbangan akan dibuat oleh Jawatankuasa. Tempoh maksima tidak melebihi 3 tahun.

ORANG-ORANG SUSAH

  • Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Dipertua Negara Brunei Darussalam.

  • Penduduk Tetap boleh dipertimbangkan.

  • Terdiri daripada balu/janda yang mempunyai tanggongan dibawah 18 tahun dan tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan yang tidak mencukupi.

  • Bekas Penghuni Taman Noor Hidayah, jika bersesuaian.

  • Keluarga yang mempunyai pendapatan rendah.

  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai penaja.

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani satu surat perjanjian di Mahkamah dengan menyediakan:-

    • Dua orang penjamin, atau

    • Seorang penjamin jika ada penaja untuk bayaran sewa, elektrik dan air.

  • Tempoh mendiami Pusat adalah tidak melebihi 12 bulan daripada tarikh hari pertama mendiami Pusat. Walaubagaimanapun jika penghuni ingin melanjut tempoh mendiami di Pusat ini, mereka boleh merayu dan pertimbangan akan dibuat oleh Jawatankuasa. Tempoh maksima tidak melebihi 3 tahun.

KADAR SEWA

MANGSA-MANGSA KEBAKARAN DAN BENCANA ALAM

  • $ 100.00 sebulan bagi tahun Pertama.

  • $ 200.00 sebulan bagi tahun Kedua.

  • $ 300.00 sebulan bagi tahun Ketiga

ORANG-ORANG SUSAH

  • $ 300.00 sebulan bagi yang mempunyai penaja.

  • $ 200.00 sebulan bagi yang tidak mempunyai penaja.