Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Institusi Kebajikan | Kompleks Rumah Rumah Kebajikan (KRRK) :.

 

SEJARAH PENUBUHAN KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN

Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan ditubuhkan pada tahun 1982. Merupakan Institusi Kerajaan yang dijadikan tempat:-

  • PERLINDUNGAN dan PENJAGAAN bagi individu yang menghadapi masalah sosial. dan,

  • PEMULIHAN dan BIMBINGAN bagi remaja-remaja yang bermasalah.

MISI DAN MATLAMAT

  • Memberikan PENJAGAAN DAN TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA kepada resident sehingga kes mereka selesai.

  • Memberikan PEMULIHAN, BIMBINGAN DAN LATIHAN kepada resident agar menjadi seorang individu yang berakhlak mulia, berdisiplin dan berdaya maju melalui program dan latihan yang diberikan.

AKTA-AKTA YANG DIGUNAKAN

  • Akta Perlindungan Bagi Perempuan-Perempuan Dan Gadis-Gadis Penggal 120 (Pesuruhjaya).

  • Perintah  Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam 1999 (Mahkamah Syariah).

  • Perintah Darurat (Perempuan Bersuami) 1999 (Mahkamah Sivil).

  • Perintah Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pindaan) 2006 (Pelindung).

CARA KEMASUKAN

  • Atas Perintah Mahkamah

  1. Sivil

  2. Syariah

  • Atas Perintah Pesuruhjaya / Pelindung (Pengarah JAPEM)

  1. Rujukkan dari agensi-agensi Kerajaan seperti Polis, Hospital, Sekolah, Imigresen dan lain-lain

  2. Rujukkan dari keluarga / penjaga terdekat

  3. Secara sukarela

TEMPOH PERLINDUNGAN PEMULIHAN

  • Perintah Mahkamah

    ** Bagi kemasukkan atas Perintah Mahkamah, Penempatan akan diberikan sehingga kes selesai.

     

  • Perintah Pesuruhjaya

    ** Bagi kemasukkan atas Pesuruhjaya (PENGARAH JAPEM), penempatan tidak kurang dari 6 bulan atau lebih berdasarkan kepada laporan perkembangan prestasi resident.

     

  • Perintah Pelindung

    ** Bagi kemasukkan atas Perintah Pelindung (PENGARAH JAPEM), penempatan tidak melebihi 24 jam atau lebih berdasarkan kepada permohonan Perintah Mahkamah.

JENIS DAN FUNGSI RUMAH

RUMAH TAMAN NOORHIDAYAH 1
Penempatan pemulihan dan bimbingan bagi perempuan-perempuan dan gadis-gadis dibawah umur 21 tahun (seperti kes susah dikawal dan sebagainya).

RUMAH TAMAN NOORHIDAYAH 2
Penempatan perlindungan dan penjagaan bagi perempuan-perempuan dan gadis-gadis dibawah umur 21 tahun yang menjadi mangsa (seperti kes-kes pengabaian, penganiayaan, penderaan dan masalah keluarga).

RUMAH DARUSSAKINAH 1
Penempatan perlindungan dan Penjagaan bagi kanak-kanak lelaki dibawah 18 tahun (seperti kes-kes pengabaian, penderaan dan masalah keluarga).

RUMAH DARUSSAKINAH 2
Penempatan perlindungan dan penjagaan bagi kanak-kanak perempuan dibawah umur 18 tahun (seperti kes-kes pengabaian, penganiayaan, penderaan dan masalah keluarga).

PERKHIDMATAN

KHIDMAT JAGAAN ASAS

  1. Tempat tinggal

  2. Makan / Minum

  3. Pakaian

  4. Barang-Barang Keperluan Harian

  5. Pemeriksaan Kesihatan

  6. Mengikuti Program / Aktiviti

PROGRAM / AKTIVITI

  1. Pelajaran Akademik

    1. Dalam / Luar KRRK

     

  2. Pendidikan Agama / Moral

    1. Pelajaran Akademik Agama

    2. Pendidikan Islam

    3. Pendidikan Moral

     

  3. Latihan Vokasional / Kemahiran

  4. Sukan & Riadah

    1. Dalam / Luar KRRK

  5. Program Pembinaan Diri

  6. Kaunseling

    1. Individu

    2. Keluarga

    3. Kelompok

  7. Lawatan Keluarga

Update 1 Mac 2010