|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2003
|
|
22
Januari 2003
|
Forum 'Convention On Right Of
Children' telah berlansung di Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Pengarah Jabatan
Pembangunan Masyarakat. Seramai 4 orang ahli panel telah diundang
diantaranya ialah Penolong Pengarah I Dayang Hajah Mordiah bte Haji
Jackia. Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi itu, Pegawai Daerah
Tutong.
|
|
15
Januari 2003
|
Satu kursus pendek yang bertajuk 'Peraturan
Dan Pengurusan Kewangan Bagi Pegawai Dan Kakitangan Jabatan
Pembangunan Masyarakat' telah diadakan di Dewan Citrabudaya
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Taklimat telah disampaikan
oleh para pegawai dari Kementerian Kewangan. Di antara yang
menghadiri kursus pada pagi tersebut ialah Pengawai Tugas-Tugas Khas
dan Penolong Pengarah I.
|
|
14
Januari 2003
|
Yang Mulia Pengarah Jabatan Pembangunan
Masyarakat dan Timbalan Pengawal Pencen-Pencen telah menghadiri
"The 5th Asian Meeting of High Level Official On Caring Socities
di Tokyo Japan.
|
|
13
Januari 2003
|
Majlis membaca doa selamat bagi Jemaah
Haji JAPEM telah diadakan di Bahagian Pencen-Pencen Jabatan
Pembangunan Masyarakat Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Seramai dua orang pegawai dan kakitangan JAPEM akan menunaikan fardu
haji bagi musim haji 1423H/2003M. Tetamu kehormat pada petang itu
ialah Yang Mulia Pengarah JAPEM yang juga berkesudian untuk
menyampaikan sumbangan derma kepada yang diraikan.
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|