Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Tip dan Panduan | Petua Untuk Menghindari Diri Dari Terus Menjadi Mangsa Keganasan Rumahtangga :.

 

Keganasan rumahtangga sememangnya amat sukar untuk dihapuskan walaupun pelbagai kaedah dan undang-undang telah diperkenalkan untuk mengatasi sindrom tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang mudah untuk dipratikkan sekiranya awda mahu menghindari diri dari terus menerus menjadi mangsa penderaan.

  • Sebagai umat islam yang beriman, kita sepatutnya tabah menghadapi cubaan dari Allah Subhanahu Wa Taala ini. Tidak sesiapa pun mahu dirinya didera apatah lagi dari seorang suami yang dicintainya. Sebagai umat Islam, senjata yang paling mujarab ialah berdoa ketika waktu sholat supaya si pendera atau suami yang panas baran diberi hidayat supaya tidak mendera anda serta tidak akan mengulangi perbuatannya secara berterusan.

  • Sekiranya terjadi pertelingkahan dengan suami yang panas baran, jangan cuba-cuba mengherdiknya kembali. Cubalah bawa bersabar dan berdiam diri seketika. Berikan ruang untuk si suami menghuraikan apa yang menyebabkan kemarahannya. Cuba perbaiki diri sendiri seperti yang dikehendaki oleh suami anda.

  • Mengetahui undang-undang yang diperuntukan menangani isu penderaan wanita seperti Akta Keganasan Rumahtangga 2006, Undang-Undang Keluarga Islam 1998 dan Undang-Undang Keluarga Islam 1999.

  • Banyakkan pembacaan mengenai isu keganasan rumahtangga sama ada yang ditulis oleh penyelidik terkemuka luar dan dalam negara, majalah, journal, rencana dan sebagainya lagi.

  • Mengetahui di mana harus dituju untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertolongan seperti khidmat nasihat di Bahagian keluarga Jabatan Pembangunan Masyarakat, Unit Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Polis Diraja Brunei yang terletak di Jalan Ong Sum Ping, Unit Khidmat Nasihat di Jabatan Mahkamah Syariah Rendah dan Unit Kebajikan di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

  • Selalu ingatkan kesejahteraan anak-anak dan jangan fikirkan diri sendiri. Sebaiknya jangan bertengkar dan memburukkan pasangan masing-masing di hadapan anak-anak. Berbincang secara terbuka bersama suami dan cari Jalan penyelesaian yang terbaik demi kesejahteraan hidup anak-anak di bawah tanggungan suami dan isteri.

  • Sekiranya penderaan terjadi kerana kehadiran orang ketiga seperti suami mempunyai teman wanita, jangan terus melenting atau marah secara terburu-buru dan mengambil tindakan yang membabi buta. Cuba Berbincang dengan suami kenapa orang ketiga mesti hadir dalam keluarga mereka. Jika Perkara ini menyebabkan kemarahan suami, cari orang tengah yang terdiri daripada ahli keluarga sendiri yang difikirkan dapat meleraikan kemelut keluarga tersebut seperti ibu mertua, bapa mertua, ipar-duai atau ahli keluarga yang lain.

.: Tip dan Panduan | Tip Bijak Berbelanja :.

 

  • Rancang Perbelanjaan awda:-

    • Harian

    • Mingguan

    • Bulanan

    • Tahunan

  • Disiplin Diri

    • Mengawal Perbelanjaan

    • Mengawal Kewangan

  • Jangan belanja lebih dari pendapatan

  • Jangan berhutang

  • Kalau tidak mampu tangguh sahaja

  • Ada ‘target’ – tiap bulan jimat $50 - $100

  • Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli ketika ke kompleks membeli belah, dan pasar raya

  • Jangan ikut orang lain

  • Jangan mudah dipengerahui oleh barang-barang berjenama

  • Elakkan memiliki kad kredit