Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Tip dan Panduan | Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin Anak-Anak :.

 

Memang banyak cara dan pendekatan yang boleh kitani lakukan untuk menyelasaikan disiplin anak-anak:

  • Pertama-tama jangan marah dulu.

  • Setiap kesalahan hendaklah dipertimbangkan secara objektif.

  • Jangan membuat apa-apa kesimpulan tanpa memahami keadaan, yakni tanpa membuat siasatan dulu.

  • Pastikan suasana adalah tenang diantara ibubapa dan anak-anak sebelum membuat penyiasatan.

  • Kanak-kanak hendaklah diberikan peluang untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu tuduhan.

  • Setelah kitani memahami keadaan sebenar, ibubapa hendaklah menyedarkan kanak-kanak ini tentang kesalahan yang dibuatnya, jika didapati yang kanak-kanak ini bersalah.

  • Kitani sebagai ibubapa harus memberikan peluang kepada kanak-kanak kitani untuk mengubah atau Memperbaiki keadaan sebelum satu-satu hukuman dijatahkan.

  • Diwaktu yang sama ibubapa bolehlah juga menyemak akan punca-punca kenapa menjadi begini-begitu tanpa ada sifat wasangka, sifat dendam ke atas anak-anak atau mungkin sifat mempersalahkan diri sendiri dan persekeliling.

  • Untuk mengantikan ini, ada baiknya kitani menanamkan sifat ingin membantu atau Memperbaiki keadaan. TO CORRECT THE SITUATION.

  • Dan jika masalah ini melibatkan kes berat, misalkan bersabit dengan penyalahgunaan dadah atau seumpamanya. Saya sangat-sangat menyarankan untuk kitani mendapatkan bantuan khidmat professional seperti kaunselor, badan pemulihan dan lain-lain yang di fikirkan relevance.

Disedia dan dikongsikan oleh;
Pengiran Mahdi Bin Pg Haji Mohd Salleh
Pegawai kaunseling, JAPEM, KKBS