Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: FAQ  | Penubuhan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak :.

 

Apakah Peranan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak?
Pusat penjagaan kanak-kanak diwujudkan sebagai alternatif kepada para ibu bapa untuk menjaga anak-anak damit mereka terutama semasa waktu bekerja. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak menyediakan perkhidmatan asuhan dan pemeliharan termasuk dari segi permakanan, kesihatan, kebersihan dan keselamatan. Kanak-kanak juga diasuh dari segi tingkahlaku, pertuturan,pergaulan dan permainan dengan tujuan untuk membantu proses sosialisasi kanak-kanak berkenan. Konsep kemesraan dan kasih sayang adalah amalan yang digunapakai oleh setiap pusat penjagaan didalam mengasuh dan menjaga kanak-kanak.

Apakah Peranan JAPEM?
Untuk memastikan kesejahteraan, kesihatan, dan keselamatan setiap kanak-kanak yang mendapat perkhidmatan penjagaan diberi perhatian utama, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen kepada pusat-pusat penjagaan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada kanak-kanak yang berusia dibawah 3 tahun.

Adakah Sebarang Akta Yang Mengawal Pusat Penjagaan Kanak-kanak ini?
Pemberian lesen oleh JAPEM kepada semua pusat penjagaan kanak-kanak yang menyediakan penjagaan kanak-kanak yang berusia di bawah 3 tahun adalah tertakluk kepada akta-akta seperti berikut;

  • Child Care Centres Order, 2006

  • Child Care Centres Regulation, 2006

Kedua-dua akta di atas diwujudkan dengan tujuan untuk memberi perlindungan khusus kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 3 tahun di pusat-pusat penjagaan. Oleh itu, adalah diwajibkan kepada mana-mana pihak atau pusat-pusat penjagaan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada 5 orang atau lebih kanak-kanak yang berusia di bawah tiga tahun untuk berdaftar.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Lesen?
Borang permohonan yang diperolehi daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan bayaran sebanyak $5.00 hendaklah diisikan dengan lengkap dan dikembalikan semula ke jabatan ini dengan menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut;

  • 2 salinan pelan bangunan yang akan digunakan

  • 2 salinan pelan pusat (location plan)

  • 2 salinan geran tanah

  • 1 salinan perjanjian sewa tempat (tenancy agreement), jika berkenaan

  • kertas kerja lengkap mengenai Pusat (ie.program, jadual, peraturan dan sebagainya)

  • 7 salinan borang permohonan

Berapakah Kadar Bayaran Lesen?
Bagi pemohon yang diberikan kebenaran dan dikeluarkan lesen untuk menjalankan pusat-pusat penjagaan akan dikenakan bayaran seperti berikut;

  • $200.00 bagi bayaran pertama untuk tempoh 2 tahun.

  • $150.00 sebagai bayaran  penyambungan untuk tempoh  setiap 2 tahun dan seterusnya.

Manakala bagi pemohon yang diberikan kebenaran secara sementara, kadar bayaran adalah seperti berikut;

  • $100.00 bagi bayaran pertama untuk tempoh 1 tahun
  •  $150.00 sebagai bayaran penyambungan untuk tempoh setiap 1 tahun dan seterusnya.

Apakah hukuman jika tidak mempunyai lesen?
Mana-mana orang atau pihak yang menjalankan perkhidmatan penjagaan kepada kanak-kanak berusia di bawah 3 tahun yang tidak berdaftar dan mempunyai lesen boleh dikenakan tindakan menurut Bab 3(2) Child Care Centres Order, 2006 iaitu denda tidak melebihi $5.000,penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

dikemaskinikan pada 16 September 2008