Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: FAQ  | Adakah Awda Berhasrat Untuk Mengambil Anak Angkat :.

 

Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan Anak Angkat
Setiap pemohon hendaklah menghadapkan permohonan dengan mengisikan borang yang disediakan iaitu;

  • Bagi pemohon yang beragama Islam hendaklah menghadapkan permohonan bagi perintah penjagaan anak angkat kepada Mahkamah Tinggi / Rendah Syariah

  • Bagi pemohon yang bukan beragama Islam hendaklah menghadapkan penjagaan anak angkat.
     

Apakah dokumen yang perlu disertakan bersama dengan permohonan tersebut?
Awda dikehendaki menyertakan salinan;

  • Kad Pengenalan pemohon

  • Surat Beranak Kanak-kanak yang hendak diangkat

  • Kad Pengenalan Kanak-kanak yang hendak diangkat (jika ada)

  • Pasport Kanak-kanak yang hendak diangkat (jika ada)

  • Sijil Nikah pemohon (jika berkenaan)

  • Kad Pengenalan Ibu bapa kandung (jika berkenaan)

  • Surat pengakuan penyerahan / menerima anak angkat

  • Surat Izin bersetem $5.00

  • Sijil Pendaftaran Anak Angkat atau Surat Sumpah bagi satu penyerahan anak angkat dari tempat asal keluarga kandung (jika anak yang hendak diangkat dari warganegara asing)

Apakah yang perlu saya buat buat selepas ini?
Mahkamah Tinggi / Rendah Syariah yang telah menerima permohonan awda akan menghadapkannya kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) untuk penyiasatan lanjut. Pegawai JAPEM akan menghubungi awda untuk ditemubual dan seterusnya untuk lawatan ke rumah.

Bagi pemohon yang bukan beragama Islam, kebenaran penjagaan anak angkat yang diperolehi daripada mahkamah sivil mereka hendaklah dihadapkan kepada Pendaftar Anak-Anak Angkat (Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan), bagi pengeluaran Sijil Anak Angkat.

Apakah kriteria pemohon yang layak untuk dipertimbangkan?
Keutamaan akan diberikan kepada:-

  • Pasangan yang telah berkahwin dan berumur melebihi 25 tahun dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak yang dipohonkan

  • Pasangan yang masih belum mempunyai anak kandung

  • Pasangan yang menghadapi masalah kesihatan untuk mendapatkan anak kandung

  • Pemohon yang mempunyai pendapatan yang baik dan difikirkan dapat menjamin kebajikan dan kesejahteraan masa depan anak yang dipohonkan

  • Pemohon yang berumur tidak melebihi 50 tahun

yang utama ialah;

  • Keupayaan memelihara anak dari segi ekonomi, kesihatan, sosial, emosi mental dan lain-lain

Bilakah Sijil Anak Angkat akan dikeluarkan?
Bagi pemohon yang beragama Islam Sijil Anak Angkat akan dikeluarkan oleh Pendaftaran Anak Angkat (Pesuruhjaya Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan). Setelah pemohon menghadapkan permohonan kepada Pendaftar dengan menyertakan Perintah Penjagaan Kekal Anak Angkat daripada Hakim Mahkamah Syarie.

Bagi pemohon yang bukan beragama Islam, Sijil Pendaftaran Anak Angkat akan dikeluarkan kepada mereka setelah dipohonkan kepada Pendaftar Anak Angkat dan Pendaftar Anak Angkat berpuas hati dengan keterangan serta dokumen yang diberikan.

dikemaskinikan pada 16 September 2008