Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTalian ANAK 121

Perasmian

Talian ANAK 121 dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin pada 1 Oktober 2019

Apakah Talian ANAK 121

Talian ANAK (Anak Negara Aset Kitani) 121 adalah talian bantuan kanak-kanak bebas tol yang beroperasi bagi kegunaan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam. Inisiatif ini adalah kerjasama diantara Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Telekom Brunei Berhad (Telbru)

Objektif

  • Menjaga dan melindungi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian dan eksploitasi
  • Untuk menyediakan perkhidmatan panggilan secara rahsia bagi kegunaan kanak-kanak yang mungkin berada dalam kesusahan serta memerlukan penjagaan dan perlindungan daripada penderaan dari ibu bapa atau penjaga, penyalahgunaan dadah, buli, rasa bunuh diri, atau kesulitan dalam keluarga
  • Menubuhkan talian bantuan yang berkesan yang dikendalikan oleh kaunselor yang terlatih dan mempunyai hubungan dengan perkhidmatan kecemasan yang berkaitan
  • Untuk mendokong usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan penjagaan dan sokongan untuk golongan terdedah dari kurang bernasib baik, mereka yang memerlukan bantuan dan mereka yang terdedah kepada bahaya

Waktu Perkhidmatan

Talian 'ANAK 121' beroperasi 24 jam.