Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkerjaan dan Keusahawanan

Dalam usaha untuk menggeluarkan penerima bantuan daripada kepompong kemiskinan, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah pun meningkatkan keberkesanan program-program bantuan kebajikan termasuk mengadakan program-program baru yang bertujuan untuk membantu mereka menanamkan sifat berdikari, bertanggungjawab dan turut sama menyumbang kepada pembangunan negara. Antara program-program yang diungkayahkan adalah seperti berikut:-

  • Program Pelan Pekerjaan (PP)
  • Program Berniaga Dari Rumah (BDR)
  • Program Inovasi Belia Berwawasan (PIBB)
  • Program Perkasa Komuniti (PPK)


PROGRAM PELAN PEKERJAAN (PP)


Program ini dikhususkan untuk membantu individu atau keluarga yang menerima bantuan kebajikan untuk mendapatkan perkerjaan serta memudahkan permohonan mereka dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan.

Peranan utama:

  • Mencarikan pekerjaan yang bersesuaian dengan peserta.
  • Bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan gedung-gedung perniagaan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada peserta-peserta dibawah program ini.
  • Membantu membuatkan Curriculum Vitae bagi individu yang tidak mempunyai computer atau kemahiran untuk membuatnya.
  • Membuat sokongan perkerjaan kepada pihak berkenaan sama ada agensi kerajaan dan swasta.Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat mengenai perkerjaan kepada pemohon.
  • Membantu meningkatkan keupayaan peserta melalui bengkel-bengkel dijalankan oleh pihak-pihak tertentu seperti kursus Digital literacy, penyediaan curriculum vitae dan cara-cara menjawab temuduga. Kursus-kursus ini dijalankan dengan kerjasama dengan beberapa agensi dan persatuan.


PROGRAM BERNIAGA DARI RUMAH (BDR)


Program ini memberikan peluang kepada individu yang menerima bantuan kebajikan yang tidak berkeupayaan untuk bekerja seperti masalah mejaga anak atau kenderaan tetapi mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan atau mempunyai kemahiran yang dapat digunakan untuk membuat perusahaan secara kecil-kecilan. Pihak JAPEM akan membantu peserta yang dibawah program seperti:-

  • Memasarkan produk-produk mereka
  • Memberikan latihan kemahiran
  • Membantu mendapatkan modal perniagaan.


PROGRAM INOVASI BELIA BERWAWASAN (PIBB)


Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kemahiran dan memperkasa belia bagi mengeluarkan belia dari kepompongan kemiskinan serta memperlengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran asas alaf ke 21 dan mempersediakan mereka bagi memasuki alam pekerjaan.

Program ini mensasarkan anak-anak penerima bantuan yang berumur di antara 16-21 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan dan tidak lagi bersekolah.

Format program:

Program ini mengambil masa 6 bulan dan mengandungi 3 fasa yang akan melibatkan beberapa institusi, jabatan kerajaan dan pihak swasta.

Fasa 1: Penghijrahan Diri Dan Minda

Dikendalikan sepenuhnya oleh pihak penggelola Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan akan berjalan selama 3 bulan untuk membimbing peserta menjadi belia yang bertanggungjawab, berdisiplin, dan berkeyakinan diri.


Fasa 2: Latihan Kemahiran Asas Alaf Ke-21

Dikendalikan oleh Politeknik Brunei dan akan berjalan selama 3 bulan. Para peserta akan mengikuti satu sukatan pelajaran kemahiran asas alaf ke-21 yang merangkumi; kemahiran asas pengunaan computer, asas keusahawanan (seperti buku kira-kira), asas berkomunikasi dalam Bahasa inggeris.

Fasa 3: Penempatan Pekerjaan

Penempatan kerja selama 3 bulan di beberapa syarikat swasta yang telah dikenalpasti oleh pihak JAPEM.


PROGRAM PERKASA KOMUNITI (PPK)


Program ini menawarkan latihan kemahiran, latihan keusahawanan, kemahiran perniagaan dan pembangunan diri kepada orang-orang susah yang menerima bantuan kebajikan bulanan JAPEM. Program akan dijalankan selama 3 bulan sahaja bertempat di Pusat Pembangunan Belia (PPB). Peserta akan diberikan elaun sebanyak $150 sebulan tergantung kepada kehadiran peserta setiap bulan.

Matlamat utama:

  • Mengubah pradigma, sikap dan pemikiran klien dari golongan penerima bantuan daripada bergantung sepenuhnya kepada bantuan kebajikan.
  • Memeperkasa penerima bantuan dengan memberikan latihan kemahiran mengikut keupayaan dan keperluan setiap individu sebagai langkah intervensi yang bersesuaian.
  • Dikhususkan bagi pemohon-pemohon yang mempunyai kebolehan asas untuk menjana pendapatan tetapi tidak mempunyai kelulusan ataupun kemahiran yang berpatutan untuk memanfaatkan peluang pekerjaan ataupun perniagaan yang ada di pasaran.
  • Menggalakkan sikap sara diri (self-sustainable) ingin berdaya-mahu dan berdaya-tahan di kalangan kumpulan sasaran.
  • Disamping itu juga, membantu mengurangkan kadar kemiskinan di Negara Brunei Darussalam.


Pusat Pembangunan Belia(PPB)Pusat Pembangunan Kapasiti Lambak Kanan (PPKLK)
​Kursus yang ditawarkan:

  • Autocad
  • Masakan, catering, kek dan pastri.
  • Basic Refrigeration & Air-Conditioning dan Basic Plumbing
Syarat-syarat kelayakan

  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Bagi kursus bil. 1, sekurang-kurangnya menduduki tahun 11 / tingkatan 5 (O Level).
  • Bagi kursus bil. 2, sekurang-kurangnya menduduki tahun 9 / tingkatan 3 dan pernah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Bawah (PMB).
​Kursus yang ditawarkan:

  • Jahitan (tempoh: 3 bulan)
  • Juru jual (tempoh: 1 bulan)
Syarat-syarat kelayakan

  • Tamat menduduki tahun 11 / tingkatan 5 (O level)